selepas aku mengamalkan teknik ' selongkarlah personaliti diri mu dengan mata akal fikiran ' , aku dapat mengupas sedikit rahsia di sebalik peribadi aku yang gelap . ya , gelapnya seperti lautan dalam yang sukar aku temukan cahaya . gelap dan dingin .
teknik ini aku cipta ketika aku sedang berjalan kaki keseorangan di lembah tanah berwarna kemerah-merahan . oh , mungkin tanah berwarna kehitaman , jika aku tak silap .
memicit molekul udara untuk dihadam paru-paru membekalkan manfaat kepada sel darah yang rajin bekerja dalam lorong halus sunyi badan .
keputusannya , aku positif , introvert .
' Definisi : Bertentangan dengan apa yang kebanyakan orang berfikir, pendiam tidak semata-mata orang yang malu. Malah, yang malu mempunyai sedikit kaitan dengan yang pendiam! Malu mempunyai unsur gemuruh kebimbangan dan ragu-ragu, dan manakala pendiam juga boleh malu, introversi sendiri tidak malu. Pada dasarnya, pendiam adalah orang yang bertenaga dengan bersendirian dan di mana tenaga yang disaliri oleh berada di sekitar orang lain.
Introverts lebih prihatin dengan dunia dalam minda. Mereka gemar berfikir, meneroka pemikiran dan perasaan mereka. Mereka sering mengelakkan situasi sosial kerana berada di sekitar orang parit tenaga mereka. Ini adalah benar walaupun mereka mempunyai kemahiran sosial yang baik. Setelah dengan orang-orang apa-apa untuk tempoh masa, seperti pada suatu pihak, mereka memerlukan masa lagi untuk "mengisi ulang."
Apabila introverts ingin bersendirian, tidak, dengan sendirinya, tanda-tanda kemurungan. Ini bermakna bahawa mereka sama ada perlu untuk mendapatkan semula tenaga mereka dari berada di sekitar orang-orang atau bahawa mereka hanya ingin masa untuk bersama-sama dengan pemikiran mereka sendiri. Berada dengan orang, walaupun orang-orang yang mereka suka dan selesa, boleh menghalang mereka dari keinginan mereka secara senyap-senyap introspektif.
Sebagai mawas diri, walaupun, tidak bermakna bahawa pendiam tidak mempunyai perbualan. Walau bagaimanapun, orang-orang perbualan tentang idea dan konsep, tidak tentang apa yang mereka anggap perkara-perkara yang remeh ceramah kecil sosial. '
mungkin ada manusia yang tidak pernah dengar kewujudan golongan ini atau mungkin juga mereka tidak sedar mereka tergolong dalam golongan ini . mungkin pencarian identiti diri aku semakin mula memberi impak , mencantum cebisan kertas koyak untuk membentuk kertas warna-warni yang asal .
bukankah tuhan memerintahkan kita mencari diri kita ?
introvert , pemalu atau pendiam .
tiga definisi yang berbeza dari segi beberapa ciri-ciri identiti tetapi mempunyai sedikit unsur persamaan . aku mendapat dua gelaran sejak di bangku sekolah , pemalu dan pendiam . ternyata aku sedar yang itu bukanlah identiti diri aku yang sebenar . itu palsu . dusta dunia .
aku terasa diri aku kekosongan .
berpura-pura bermain watak yang dicipta oleh masyarakat sekeliling . ya , orang-orang di sebelah timur , barat , utara dan selatan adalah hakim yang tidak bertauliah . menjatuhkan hukuman yakni memberi watak palsu kepada manusia lain , bongkak dengan ilmu mereka .
mereka menilai kulit depan buku tanpa melihat kulit belakang buku .
selama beberapa tahun , aku sengsara . sadis ditipu manusia disekeliling , menjatuhkan hukuman palsu kepada aku . aku bukan seorang pemalu . aku bukan seorang pendiam . aku cuma introvert .
ketika di bangku sekolah , aku mula dikelirukan manusia bertopeng . aku enggan membuat tenungan mata ke mata , kurang gemar bergaul dengan lelaki mahupun perempuan , tidak banyak berkata-kata dan kurang bijak dalam berkomunikasi .
mereka yang bertopeng menuduh aku dengan kata-kata dusta yang mempengaruhi masayrakat lain . masing-masing melabelkan aku pemalu dan aku pendiam .
aku bukan begitu . ketahuilah , aku bukan manusia itu .
hobi kegemaran ku ialah berjalan berseorangan , duduk di dalam bilik yang gelap dan bermain dengan imaginasi di dalam kotak akal .
- adakah itu satu masalah yang besar sehingga aku digelar manusia yang tiada sahabat ?
- adakah manusia yang mempunyai ramai sahabat , hidupnya cukup indah ?
- adakah menjadi manusia introvert itu satu kesalahan ?
mereka masih belum selami lagi lautan dalam yang dingin...
aku bukan manusia sombong yang dingin . aku cuma ingin kehidupan ku diisi dengan sejuta kotak ketenangan . sepi dan sunyi . hanya angin dan cahaya yang berkata-kata .
aku cuma insan introvert .
aku berjaya memegang cebisan identiti yang hilang . kini , masa untuk memainkan watak yang sempurna .
aku manusia yang mencari manuskrip diri yang hilang di mata dunia . meruntuhkan tembok-tembok ghaib yang memagar kebenaran siapa kita kepada tuhan . meneroka jalan ke arah yang lebih dekat dengan tuhan .
dengan mengenali potensi diri kita yang sebenar . kita sedang berusaha mendekati kehadiran tuhan dalam kehidupan kita . berfikir tentang betapa kompleksnya personaliti yang diselimuti jiwa kita .
' oh tuhan , jauhkanlah daku daripada mereka yang pendusta , berlagak seolah-olah penulis skrip , melabelkan watak palsu mempengaruhi daku memainkan peranan dusta . aku mohon engkau hulurkan sehelai kertas dialog yang memimpin daku ke arah jalan taman indah mu dan jadikanlah aku hamba yang sentiasa merendah diri , '
aku cuba melompat ke puncak itu , terasa angin mendukungku menolak jasad terbang ke arah destinasi baik . perasaan itu cukup menenangkan , dibelai manja dengan embun basah yang berterbangan di mentari timur .
merasai kehadiran Mu yang sudah tinggal beberapa langkah lagi . nadiku bergetar kagum , encik hati teresak-esak terharu , ruang rindu mula mengembang dan akal ingin memeluk cinta .
jasadku berwarna-warni . mata yang suka merajuk bercumbu dengan molekul udara , menitiskan air hangat .
' terima kasih tuhan kerna tidak pernah menipu daku :) '
“ Wahai anak Adam, jika engkau mengingatiKu di dalam dirimu, Aku akan mengingatimu di dalam diriKu. Dan jika engkau mengingatiKu di dalam perhimpunan, Aku akan mengingatimu di dalam perhimpunan para malaikat. Dan jika engkau mendekatiKu dengan sejengkal, Aku akan mendekati engkau dengan satu hasta. Dan jika engkau mendekatiKu dengan satu hasta, Aku akan mendekati engkau dengan satu depa. Dan jika engkau datang kepadaKu berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari ”.
p/s : jangan jadi manusia yang suka menghukum manusia daripada luaran , kita sambut tangannya dahulu dan terokailah kemanisan ukhwah itu . bukankah tuhan menyuruh kita bersaudara dengan manusia lain ?
12 comments:
intovert:) nice one..kadang2 introvert boleyh mnjadi lebih aktif berbanding yg normal..
yup....aku ialah introvert~
menarik~
yaya : terma kasih~
khalifah : alhamdulillah
menarik. jarang baca post orang sampai habis. yang ni, walaupun panjang, habis. :D
hehe...alhamdulillah terima kasih
ziarah..
snyum2 d cne.
mgknkah d sbalik ksenyapan ini, diriku jg introvert?? =D
hahaha mungkin
Salam.
Jazakallahu khair. A good comfort from an article that truly understands how the introverts see the world.
Thought you might like what is said in this video about introverts:
http://www.ted.com/talks/susan_cain_the_power_of_introverts.html
From another introvert :)
afwan , glad to meet another introvert >_< . oh , and thanks for spending ur time to visit here...alhamdulillah btw thanks for the link
i'm middle introvert
Post a Comment