penulisan kali ini lebih santai . walaupun rasa hati ini semakin malas , tetap gagahkan diri untuk menulis sesuatu yang telah dipaksa . =_="
baiklah , usah berlapik . aku telah di 'tagged' untuk menjawab beberapa soalan yang aku fikir agak aneh tetapi dalam masa yang sama hati aku rasa senang . tidak mengapalah asalkan kali ini penulisan aku tidak lah bersifat kritikal .
terima kasih kerna memberi kesengsaraan kepada saya encik huda zaid ~ =_="
oh , lupa . ianya ada beberapa peraturan yang aku fikir aneh juga .
- You must post these rules
- Each person must post 11 things about themselves in their journal
- Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer
- You have to choose 11 people to tag and link them on the post
- Go to their page and tell them you have tagged him/her
- No tag back !
anehnya , sebab dia suka nombor 11 . aku harap tiada konspirasi disebalik nombor ini .
11 perkara tentang aku ,
- aku lelaki introvert .
- aku nak ada buku sendiri .
- setiap perempuan tipikal yang jumpa aku , dia akan kata aku sombong .
- aku suka dengar bunyi piano tetapi agak malas untuk belajar bermain piano .
- aku tak suka bahasa inggeris .
- walaupun aku baca novel , semua novel yang aku baca bukan daripada genre romantis .
- aku akan belajar apabila peperiksaan semakin hampir .
- aku mengamalkan prinsip ' rumahku , syurgaku '
- disebalik wajah aku yang dingin , aku sangat sukakan budak-budak .
- aku tak suka dengar muzik lelaki ; hard rock , metalicca , punk dan lain-lain .
- aku pernah digelar ' lelaki cantik ' . =_="
dan seterusnya , ini beberapa soalan daripada encik huda zaid .
- siapa nama penuh anda?
nama penuh saya dirahsiakan . cukuplah saya beritahu maksud nama saya iaitu penyayang .
- kalau jadi 10 kali lebih berjaya berbanding sekarang, adakah anda akan mengingati saya? cehh
bergantung kepada jenis kejayaan itu . jika saya berjaya dalam arena jenayah , takkan saya nak pakai baju yang ada tertera nama encik dan link blognya . kasihan pula nanti
- anda biasanya buat entri baru guna editor yang Blogger sediakan atau Desktop application?
yang pastinya saya seorang bercita-cita tinggi menjadi seorang manusia yang sangat sederhana . lalalala~
- kenapa anda pilih Blogger dan bukan blog lain?
kadang-kadang perkara yang kita tak ingat , jangan kita persoalkan kembali . bak kata pensyarah fizik saya ' lupakan '
- kalau boleh minta satu permintaan, apa yang anda akan minta?
bergantung kepada sesiapa yang mengkabulkan permintaan aku . aku harap bukannya jin yang bertapa dalam pelita itu .
- sekiranya semalam cuti, hari ini cuti dan anda tidak akan keluar adakah anda akan mandi pagi hari ini?
aku mandi 3 kali sehari . maka tidak perlu persoalkan kebersihan aku . >_<
- biasanya anda tidur pada pukul berapa?
bergantung kepada latitud dan longitud muka bumi kita . tetapi selalunya pukul 12 tengah malam ke atas .
- apa perasaan anda setiap kali datang ke blog saya?
tak terkata . satu perasaan yang sukar nak beri deskripsi . apapun salah satu daripada blog yang sangat cepat dalam buffering page .
- apa perasaan anda apabila tahu anda telah di tag?
satu lagi perasaan yang sukar nak digambarkan . * sabar saja laa
- adakah anda suka akan keperibadian saya? – dalam dunia blog ni la
suka tapi tidak ke arah jatuh cinta . jika saya jatuh cinta , maka memang itu satu masalah besar .
- saya comel tak?
err cuba tanya mak anda . mulut mak ialah sebaik mulut .
berdasarkan peraturan di atas , aku juga kena beri 11 soalan .
- sebut satu pengalaman paling indah sepanjang hidup di dunia ini .
- jika anda sedang dikuarantinkan dalam pejabat ayah anda tempat bekerja disebabkan wabak penyakit pembunuh yang bertebaran di udara , apakah ikhtiar anda untuk meneruskan hidup ?
- sebut satu pujian yang sangat anda gemari sepanjang hidup di dunia ini .
- antara kek dan coklat , yang mana boleh buat anda kecur lidah?
- andai kata anda telah dianugerahkan sebagai olahragawan/olahragawati terbaik di dunia , sebutkan satu perkataan yang paling ringkas ketika diminta membuat ucapan ?
- jika terdapat pembunuh bayi bersiri di luar sana , apakah tindakan anda sebagai rakyat yang bertanggungjawab walaupun anda belum ada pengalaman untuk bersalin ?
- jika anda berjaya menjumpai harta karun bernilai bilion dolar , apakah bidang yang ingin anda ceburi selain perniagaan ?
- andai kata anda seorang penyanyi lagu yang berpotensi menjadi bintang di peringkat antarabangsa , apakah bahasa yang digunakan jika membalas surat peminat daripada zimbabwe ?
- jika anda ternampak seorang lelaki , rambutnya lurus seperti baru pergi salun dan memakai kasut berwarna merah jambu yang sedang menari di tepi jalan raya , sebut satu perkataan memberi deskripsi situasi itu?
- hari ini cerah , warna baju apa yang anda pakai ?
- mimpi tak selalunya indah , bagaimana sebuah mimpi buruk itu memberi kesan kepada kita selepas bangun daripada tidur ?
ok , sudah menepati syarat dan akhir sekali ,
amii afandi
mr glee
amalina azlan
fasya
zubect
fatin syahirah
maisarah
syikin
cik fyza
ujie
ryryns
baiklah , sudah tamat . jarang aku buat semua ini . kalau ada orang tag pun , aku senyap saja lah .
20 comments:
aku harap lepas ni aku tak kena tag lagi.
yang susahnya, fikir siapa yang nak dijadikan mangsa.
XD
agak r...ini pun aku main letak random je...seksanya~ kalau engkau nak try jawab soalan aku pun tak apa juga~ kih3
kena jawab jugak ke?? haha ==''
pelik gile soklan kau. perlu berkerut-kerut dahi untuk menjawabnya.
sy cube jawab sume soklan yg diberi walaupon sukar utk pikir jawapannyer...huhuhuhu
ok3...nanti aq wat..:P
amii : hahaha...suka hati ko la...ko istimewa sikit~ kalo x nak buat pon x pe....maklum lah nak final...
kyuryn : try and error je laa...semoga berjaya
epul : buat jangan x buat....>_<
-.-'' haha. siap special ek sebab nak final. tak pe. aku dah jawab dah pun. hehehe.
bagus tahniah la ya~
aq x marah la wei..tag ni sunat mua'kad ke [=="]
sunat mua'kad plak da...ishh jangan main2...x nak buat pon x pe...x kisah pon
huhuhu..asal aku pon kena tag???huhuhu...
buat je la~ nak tahu gak jawapan bagi setiap soalan yang aku fikir tu...
soalan yg ko tag pelik2 lah syafiq..lol=='
soalan kau lagi susah daripada soalan cik huda lah bro, kene study balik nak menjawab semua itu. haha
ekin : sebab aku nak jawapan yang pelik la , aku buat soalan yang pelik...>_<
maisarah : kene study? ko bukan dah ada phd ke? >_<
whoah. sebelas tuuuu. malam ni aku siapkan. haha.
p/s : tau tau je kau aku tgh kering idea. haha
aku tao r~ hehe
Post a Comment