08 January 2012

Encik /Cik sempurna Vs Si kalah......

salam ziarah...

' perghhh , aku tak puas hati betul dengan member aku yang dapat pergi sambung belajar oversea , dia selalu tidur dalam kelas kot....'

' cantik betul la dia tu . dah la cantik , pandai pula '


Hari-hari bagi orang 'sempurna' .




aku seorang pengembara . aku berjalan dengan melihat apa yang ada di sekeliling . penglihatan 360 darjah pasti tidak cukup untuk melihat luasnya ilmu Allah di atas muka bumi ini . hakikatnya , kita seorang pejalan kaki . berjalan untuk memilih jalan yang dijanji tuhan untuk mendapat ganjaran para nabi . tuhan tidak pernah memungkiri janjinya . itu juga sangat pasti .

usia yang semakin meninggi membolehkan aku merangsang perasaan rendah diri . dikala terjumpa seorang lelaki yang tampan , kaya dan pandai , membuatkan aku terasa kerdil dalam dunia ini . bertambah pula , dia seorang lelaki yang rajin berjemaah di masjid . =_= , malunya aku .

aku juga kerap kali tersalah jatuh cinta kepada perempuan yang 'sempurna' daripada kanta mata . perempuan yang terlalu sempurna daripada segi keduniaannya ; muka yang putih berseri , ada kad kredit , keluarga yang kaya raya , bijak dalam akademik dan pelbagai lagi karekteristik yang tidak sekufu untuk calon isteri  =_=" .

apa yang tercetus dalam hati di saat melihat orang yang sempurna ini ialah berhajat untuk menjadi seperti mereka ; menjadi yang sempurna , hidup yang di mana kita ada segalanya .



Sempurna di mata fizikal .




ada seorang lelaki yang sangat malas di mata manusia dan mendapat keputusan yang kurang sedikit cemerlang tetapi beroleh biasiswa berbanding dengan si pemegang keputusan cemerlang dalam sekolah . pasti jika berita ini tersebar si pemegang keputusan cemerlang itu akan berasa tertekan .

aku berjumpa ramai orang yang bergelar genius ; tidur dan tidak belajar atau mungkin praktik amalan belajar di saat akhir( betul-betul saat akhir sebelum masuk dewan peperiksaan ) , beroleh keputusan yang sangat cemerlang berbanding orang yang sentiasa bercumbu dengan buku .

terkejut . hairan . itu kuasa tuhan . jangan terkejut . jangan hairan .

lagi-lagi dia seorang yang tampan atau cantik , bertambahlah tahap tekanan orang yang 'tidak sempurna' . berlebih lagi kepada orang sempurna yang bukan daripada golongan mendalami ilmu agama ; orang yang tak solat , baju tak cukup kain , rambut warna-warni .  maka ramai lah yang mengungkit amalan doa mereka kerna tidak didengar tuhan .

bukankah Allah maha mendengar ?

solat lima waktu , ibadah wajib tidak ditinggalkan , amalan sunat ditambahkan ,doa sepanjang masa . namun , masih tidak dapat menjadi yang sempurna seperti mereka .

"dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)"  Surah an-Nur:ayat 19

ini yang terjadi dalam realiti . ingat aku tika waktu kecil , ummi selalu berpesan yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya . insyaAllah , pasti slip keputusan akan naik di atas pentas . namun , itu sudah tiada relevan untuk waktu ini .




aku tersentak . ramai di antara mereka yang kurang ad-din dalam hidup , itulah yang cemerlang , itulah yang berjaya dan itulah yang membahagiakan mata orang yang tidak sempurna .

usaha dalam belajar + usaha dalam ibadah = ?

namun , apa yang aku buat lebih tersentak ialah kesilapan aku sendiri ; aku melihat mata fizikal , dua biji mata luaran . itu sudah pasti kesilapannya .

' result yang gempak dalam exam bukan kejayaan yang sebenar , kembali ke 'kampung halaman' ialah kejayaan yang hakiki '







 ciri-ciri pelajar tuhan yang berjaya :-

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, [1]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[2]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[3]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [4]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [5]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: [6]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [7]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;[8]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;[9]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi [10]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.[11]

surah al-mu'minun : 1-11





 namun , ini bukan bermakna kita perlu bermalas-malas untuk menimba ilmu pengetahuan . jangan diabaikan juga perkara duniawi dalam sibuk mengejar perkara-perkara akhirat , barulah seimbang kedua-duanya , dengan mengejar dunia kita dapat akhirat , dengan mengejar akhirat kita juga dapat dunia .


Cantik dan kaya .




 jauh sekali aku memandang , jauh juga di hati ku di kala melihat perempuan cantik . betul-betul cantik sehingga mata aku malu-malu pandang kali kedua . besarnya jurang dan tiada harapan yang perlu disandarkan =_=" . sudahlah kaya malah seorang yang bijak pandai , hatiku kecil terkulai merendah diri ; hanya tuhan sahaja yang tahu bentuk hati ini .

 sebagaimana seorang lelaki tampan yang hadir dengan bakat 'sempurna' itu juga , buatkan aku berkira-kira dengan tuhan .

oh , alangkah indahnya menjadi seperti sempurna , sempurna seperti mereka .

namun , tuhan yang maha bijaksana itu bukan sekadar suka-suka menciptakan 'sempurna' di mata manusia . bersyukurlah dengan segala apa yang melekat dalam kehidupan kita .

kenapa perlu bersedih jika kita melihat orang sempurna itu lebih bertuah daripada kita yang malang ?




bersyukurlah walaupun kita terasa menerima nikmat yang sedikit . hakikatnya , tuhan sahaja yang maha adil dalam pembahagian nikmat . hendak persoalkan ? jangan begitu , bukankah kita seorang hamba . turuti langkah-Nya dan kita akan berjaya .

Diserukan pada hari Kiamat supaya orang-orang 'al-hammadun' (orang-orang yang banyak memuji Tuhan atas nikmat-Nya) agar bangun berdiri. Maka bangunlah satu jemaah (kumpulan) lalu mendirikan bendera. Mereka itu terus masuk ke Syurga. Apabila ditanya, "Siapakah orang-orang al-Hammadun itu?" Maka Nabi Muhammad s.a.w pun menjawab: "Mereka yang bersyukur kepada Allah s.w.t semasa dalam keadaan suka dan duka." (riwayat at-Tabrani)

 Motivasi yang memberi cinta .




 sesuatu yang diturunkan pasti bersebab . sudah pastilah itu mehnah( ujian ) yang mendatangkan ibrah( pengajaran ) . itulah cantiknya agama yang bernama Islam . ganjarannya pasti sebuah tiket ekspress ke kampung halaman .

 bersyukurlah kerna tuhan masih lagi berminat untuk menyambung nyawa kita . kita tidak bersih . lupa dan lalai . kerana kita manusia yang sentiasa didampingi oleh syaitan yang direjam . jangan biarkan bisikan halus itu menerpa dalam minda kita ; rasa rendah diri dan tidak puas hati dengan orang yang sempurna itu .

 dengan fitrah manusia itu , tuhan turunkan sepotong ayat motivasi yang memberi cinta ,

"..........Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu........" surah ibrahim : ayat 7
 jangan bersedih melihat orang yang lebih tampan , jangan berasa tidak puas hati apabila membandingkan usaha belajar kita dengan orang yang selalu tidur dalam kelas , jangan berfikir sangat tentang betapa gembiranya hidup mereka .

lihatlah orang yang tidak bernasib baik daripada kita . jika kita dalam keadaan tertekan melihat orang yang berjaya dalam exam , tidak puas hati dengan mereka , apa agaknya kata mereka yang tidak berpeluang ke sekolah?




membanding-bandingkan soal kacak atau cantik di mata manusia , apa agaknya kata mereka yang cacat dan kurang upaya?




lihat dunia dengan mata hati . maka , di situ kita akan sentiasa bersyukur . ingat , yang bukan kita sahaja yang tidak sempurna di mata manusia . cuba kau ceruni mata mu melihat ke bawah , berjalan dengan merenungi segala keseluruhan , bukannya mencemuh nikmat yang tuhan sudah beri .

bagaimana untuk sentiasa beryukur dengan wajah yang tidak tampan , markah exam yang kurang gempak , belum lagi menjadi kaya mahupun sentiasa dipandang rendah ?

inilah cantiknya Islam , agama yang memberi cinta .

Nabi Muhammad bersabda ,
"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya."




lihatlah dunia dengan cinta ; sentiasa memberi pandangan ke bawah untuk meraih keseronokkan dalam bersangka baik kepada tuhan yang tidak pernah jemu melihat kita meminta-minta .


p/s : sentiasa redha , pasti ada ganjarannya . >_<



14 comments:

amii afandi said...

tuhan itu maha adil. tidak guna jika kita asyik cemburu dengan mereka yang nampak sempurna di mata dunia.

mereka mungkin nampak sempurna, namun adakah hati mereka kebanyakannya bersih daripada segala dugaan dunia?

sekarang banyak je kes mereka yang dahulunya nampak sempurna tapi akhirnya terpesong dalam hidup.

haih, manusia. biasalah. bila mereka yang nampak sempurna di mata melakukan sesuatu perkara yang sebaliknya, terus diejek dan dicaci.

sepatutnya, kita harus mengambil ikhtibar dan membetulkan kembali diri kita sendiri. bukan mencaci mereka.

manusia memang kurang bersyukur kan? sudah diberikan pancaindera yang cukup sifat, cemburu pula pada mereka yang cantik. sudah diberikan rupa paras yang cantik, sombong pula kepada mereka yang kurang sempurna. sudah diberikan tempat tinggal yang selesa, dimintanya menjadi kaya dan rumah yang besar kedabaknya.

oh.sama-samalah berusaha untuk menjadi pelajar tuhan yang sempurna.INSYAALLAH~

allah itu maha melihat dan mendengar. jangan risau kepada mereka yang sempurna.

d-na said...

jd kite cme perlu bersyukur dgn ape yg ade pada diri sendiri je... kn. :) heee~~

L.I said...

amii : insyaALLAH marilah kita berusaha menjadi yang terbaik di sisiNya

L.I said...

nadia: betul3....alhamdulillah

Anonymous said...

amat menyentuh hati ku kerna ak juga merasainya namun sebagai hamba yang hina dina patutkah ak persoalkan ketentuanNYA.tidak malah ak bsyukur kerana ak mempunyai kawan dan keluarga yang senltiasa di sisi ku tambahan lagi dengan Allah SWT sentiasa mendengar rintihan ku.syukran ya akhi atas peringatan yang penuh hikmah ini

L.I said...

alhamdulillah....insyaALLAH kita bersama2 ambil pengajaran....

Miz Waniey said...

lagi-lagi dia seorang yang tampan atau cantik , bertambahlah tahap tekanan orang yang 'tidak sempurna' . berlebih lagi kepada orang sempurna yang bukan daripada golongan mendalami ilmu agama ; orang yang tak solat , baju tak cukup kain , rambut warna-warni . maka ramai lah yang mengungkit amalan doa mereka kerna tidak didengar tuhan~~ni la yg dipanggil istidraj.......

L.I said...

yup...ini juga boleh diklasifikasikan sebagai istidraj tapi ada juga yang manusia yang begini suka bagi nasihat yang baik tetapi tidak sesuai dengan penampilannya....ambil yang jernih danjernihkan kembali keruhan itu...heeeee

Anonymous said...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, . . . segala puji bagi Allah, . . . .

semoga kite sentiasa bersyukur walaupun hidup terase menghimpit jiwe, . . . . :)

Anonymous said...

nice...mohon share..tq ^__^

L.I said...

sila2 ..dengan senang hati

Anonymous said...

semua orang boleh beli makanan, tapi tiada harganya untuk selera. semua orang boleh beli rumah, kereta, dapat perempuan tetapi berapakah harganya kebahagiaan?

Wallahi, hidup ni hanya tipu daya dan nikmat yang sementara. siapa sangka si hensem dan cantik mungkin tidak pernah merasai kebahagiaan? tidak pernah ada kawan yang memahami? tiada blog? ibu bapa yang menyakitkan hati?

Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk kita. Kalau kita lihat hidup kita malang, malang lah jadinya. semuanya bergantung pada persepsi; macam mana kita melihat dunia. dan adakah nilaian kita begitu rendah dengan memandang kebahagiaan dunia semata-mata sebagai "tampan, cantik, hensem, kaya bijak, etc:. rahmat Allah itu luas. sibukkan diri dengan kematian atau apa2 benda yg lebih bermanfaat selain lihat manusia yang tentunya banyak juga khilafnya. lihat alam. lihat langit yg tiada pasak dan tiada calar-calar. fikirkan pasal tu. lihat burung, yang boleh terbang. siapa yang menahannya di udara? lihat laut dengan segala kedalamannya dan kemisteriannya. siapakah yang menciptakannya? tidak lain hanya Allah yang Maha sempurna kerana semprna hanya layak untuk Allah sahaja. sibukkan diri anda dengan memandang perkara2 seperti ini yang insyaAllah membuatkan kite menjadi lebih berfikir dan tenang. (tak tahu la applicable ke tak tapi saya mmg suka nature. hehe)

oh minta maaf sekali lagi sebab dah beri komen panjang lebar dan bajet mcm ustaz don. tapi sebenarnya saya pun selalu cemburu dengan orang2 yng lagi hebat daripada saya sbb hidup saya mmg dikerumuni dengan orang mcm ni. tapi saya yakin ada sebab saya lahir ke dunia. dan yang pastinya salah satu sebabnya ialah bukan untuk jealous dengan org lain

L.I said...

subhanaAllah saya cukup kagum dengan anda . pengisian yang mantap . terima kasih . saya ternanti-nantikan komen sebegini . menyimpulkan segala rasa dalam post ini . may Allah bless u

Anonymous said...

Terasa kelakar bila baca komen anonymous yg panjang lebar kat atas tu. Sebab 4 tahun kemudian, sayalah si penulis komen yg sama, berlainan usia. Bila baca balik, ternyata itu sebenarnya untuk saya haha kerana sekarang saya diuji terasa mcm loser, terasa rendah diri, terasa segan dengan orang lain yg lebih dalam segala hal. Rupanya ada sebab saya menulis panjang2 mcm tu dulu supaya diri saya yang sekarang boleh baca balik dan naikkan motivasi. Ironi, haha. Dulu, saya seorang yang positif, sekarang, dah lain. Terasa masa depan kelam haha. Tapi betullah apa kata Tuhan, "adakah kami akan biarkan dia berkata dia beriman tanpa diuji". Semoga saya lulus ujian tu.

Terima kasih penulis blog untuk post ni. 4 tahun kemudian, post ni terasa sangat relevant dan relatable. All the best dalam hidup ya! Semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan.