23 February 2012

Earphone , untuk mahu mendengar

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


Rasulullah SAW bersabda: "Dan orang yang membaca al-Quran tetapi sulit atau payah hingga merangkak-rangkak, dia mendapat 2 pahala. Yang pertama, dia mendapat pahala kerana membaca Al-Quran. Dan yang keduanya ialah kerana walaupun sukar tapi dia tetap mencubanya."




aku dengar beberapa lagu yang diputar di radio . bukan untuk hari ini sahaja , hampir setiap hari aku mendengar lagu-lagu yang berlirikkan dengan perkataan 'cinta' . jika tiada perkataan 'cinta' pun , masih ada lagi lirik yang boleh membentuk hati merah jambu dalam layar imaginasi .

jika lagu itu berbahasa korea , penuhlah dengan perkataan ' sarang ' , agaknya telinga ini juga sudah mual dengan mukus yang mula mahu berhenti kerja . =_=" 

setiap rangkap dalam lagu-lagu itu aku fahami , aku tolak ke tepi melodi segala bagai ; segala bunyi instrumen muzik , aku senyapkan . untuk faham apa itu sepi sebuah lagu yang dikarang dengan kata-kata . aku baca satu demi satu perkataan itu .

ya . ia seperti membaca sebuah puisi indah . kata-kata yang bisa memberi hati kita berbunga-bunga . ia buatkan aku faham apa yang kandungan dalam lirik itu memberi cerita kepada manusia . puitis . indah bait-baitnya . buatkan kita tak akan pernah jemu untuk membaca karangan itu .

namun , tersangkut di dalam masyarakat tipikal , melodi yang mengiring lirik itu telah memudarkan mesej-mesej atau bait-bait puitis , indah dan berbunga-bunga . rentak instrumen muzik telah menghalang bait-bait lirik itu berpuisi , menghantar cas-cas kagum ke dalam sel neuron otak .

manusia menjadi pekak . hanya melodi dan rentak lagu yang didengar , lirik dipinggir dan ditolak tepi dek kerna ditenggelamkan not-not muzik yang bijak menggoda gegendang telinga .

tiada kemanisan sebuah lagu itu tanpa pemahaman mesej disebaliknya . lagu itu hanya bunyi instrumen muzik , melodi yang menutup kefahaman dan bunga-bunga kalimah itu . manusia itu buta seni .

baru-baru ini , terlihat seorang lelaki yang separuh telanjang , err bukan tiga per empat telanjang yang sedang menyanyikan lagu maher zain . sungguh , aneh =_=" . cantik mesejnya tapi melodi itu juga yang dia lebih pikat .

sebaik-baik kalam .


mendengar alunan si tahfiz yang membaca al-quran itu , seperti mahu mengimitasi dan meniru lunak gelombang suara yang dilantunkan . alunan itu memberi interferens yang mampu membuahkan perasaan segan dan malu-malu dalam hati . diri ini rasanya seperti kerdil yang terlalu .

bunyinya indah . suaranya lunak . atmosfera itu tenang . hati diselimuti dengan amannya tika itu . maka , cubalah bereksperimentasi dengan setiap alunan bacaan ayat al-quran yang dilantunkan oleh para imam dan tahfiz .

gegendang telinga memberi signal yang hati ini rasa aman dan damai . melodi itu betul-betul mengalahkan melodi instrumen muzik yang diputar di radio . piano kalah . gitar kalah . dram kalah . sungguh .




khayal dengan alunan kalam Allah yang bersemi dalam haemoglobin yang menyala . terus meresap ke organ-organ lain untuk bersama menghayati melodi yang memberi cinta kepada manusia seluruh dunia .

namun itu tidak lama , seperti ada tangan yang sedang mencuit-cuit bahu ini . berbisikkan sesuatu . sesuatu yang berbunyi begini , ' manusia itu buta seni '  'manusia itu pekak'

aneh . bukankah kalam Allah itu sebaik-baik lagu , tidak boleh dibandingkan dengan lagu-lagu ciptaan manusia di dunia ini . adakah tafsiran itu salah ? kalam Allah itu , bukankah indah untuk kita dengar-dengarkan ?

sebuah jawapan .




cukupkah hanya sekadar mendengar alunan kalam yang maha kekal itu , dengar melodinya yang tenang itu tanpa engkau faham maksud ayat-ayat cinta itu . sudahkah engkau membaca ayat arab itu dengan tafsir supaya engkau faham dengan jelas untuk diamalkan masa yang akan datang .

 begitu jugalah , sebuah lirik lagu yang dikarang oleh manusia . jika kita faham maksud lagu itu , sudah tentu kita akan faham apa mesej yang cuba disampaikan oleh si penulis lirik .

seorang lelaki yang sedang menikmati rokoknya sambil menghilangkan kepenatan dengan menyanyi ,

"Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan"


 melodinya indah , tetapi liriknya itu yang lebih berkuasa , mampu mematikan keseronokkan , mampu merosakkan kemanisan asap rokok itu . satu nasihat yang terkandung dalam lirik lagu ini telah disyorkan oleh nabi Muhammad sendiri . sebaik-baik penasihat yang mampu buat kita kenang dosa-dosa silam .

 pop , rock , sentimental atau apapun sahaja . bait-bait lagu itu perlu dihadam sebelum melodi itu didengar . melodi fungsinya untuk mencapai puncak penghayatan penuh .



kalam Allah itu dilagukan , memberi hati kepada sesiapa yang mendengarnya . maksud bait-bait kalam Allah itu lebih manis , malah mengubah manusia yang berfikir itu mengamalkan apa yang ditulis oleh yang maha kekal abadi .

p/s : tulisan ini , supaya aku faham dan ingatkan aku agar tampar diri ini yang selalu malas-malas . insyaAllah .

4 comments:

BuDaK KaMPuNG said...

semoga kita berhasil menghalau rasa kemalasan dalam diri, . . .

NaRuFiQ said...

insyaAllah semoga kita menjadi orang yg terbaik dan bermanfaat

atheer said...

salam, harapnye kita semua terus istiqamah...

NaRuFiQ said...

insyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...