01 April 2012

Nota kecil : Dunia kita pecah

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


hari ini buat kerja ' jaga budak secara tak rasmi ' , dan itu seperti yang sudah diramal hari semalam . memang penat . walaupun untuk beberapa jam , melihat mereka keluar masuk bilik , ambil tumblin' monkeys dan bermain entah apa entah . buat lenguh pipi .

tika di bilik , salah seorang daripada mereka itu pintar berkata-kata . si abang yang menjaga hanya berlagak si pemerhati santai . dan keluar satu ayat yang buat rasa keliru . ayat yang di mana hanya biasa-biasa sahaja , tetapi apabila gegendang telinga ini menghantar impulsnya ke ruang cerna , olahannya mengkagumkan sekali . erk , mungkin aku sudah berlebih-lebih =_=" .

" jangan buat bising di ruang tamu , nanti dunia kita pecah ! "

adik bongsu hanya memalingkan mukanya ke abang . boleh pecah ? gelak . mungkin terlebih sinar gamma tika main permainan video tadi . budak-budak zaman sekarang ini sudah tiada mentari untuk mereka berlibur , hanya bertemankan konsol elektronik sahaja di sebalik konkrit ini =_=" .

fikiran mereka itu mudah . tiada teori untuk mendokong frasa yang laju sahaja bibir mereka berbicara seharian . menjadi dewasa itu penat , pastinya mahukan alasan yang kukuh , penuh perincian dan teori yang muktamad . namun , itulah tuhan . tugasNya mahu orang dewasa memimpin mereka ke jalan yang benar .




pemimpin yang ada sifat-sifat baik seperti disebutkan dalam Islam . tapi , hari ini , kanak-kanak hanya melihat dua pihak yang mencarut , sehinggakan mereka ada kuasai bahasa tidak sopan . orang dewasa ini sudah lupa agaknya mata kanak-kanak mereka dahulu . terlalu teruja mengonggong tulang duniawi sehingga terlupa menggapai langit ilahi . sedarlah .

lihat dunia dengan mata kanak-kanak . suci dan bersih . tiada mahu sengketa dan tiada mahu permusuhan . mahunya satu bulatan yang erat , berpegangan tangan . mewarnai kertas lukisan putih dengan tapak tangan yang dicelup warna air . gembira bersama , untuk dunia yang sementara dan duduk di langit akhirat yang hakiki .


"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di Dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di Akhirat" 
(Imam Al-Ghazali)

8 comments:

zubect said...

kdg2 org dewasa pun perlu fikir mcm mne bdk kecik fkir

Anonymous said...

jage adik..perlukan kesabran..hehe

NaRuFiQ said...

zubect : agree with u , totally agree...lihat dunia dengan mata kanak-kanak

NaRuFiQ said...

kalo x sabar , alamaknya pecah la dunia =_="

Anonymous said...

dunia pecah yea..tgh bygkan..hehe

NaRuFiQ said...

imagination failed~~~

Anonymous said...

gelak pecahkan dunia.boleh diterima akal ape.
terlebih gelak menggelapkan hati.
hati yg gelap tak dapat nak berfikir mengikut norma yg betul.bile ramai yg tak pikir ikut norma yg betul tu yg boleh buat dunia pecah dgn gejala2 yg tak sepatutnya.by means menhancurkan dunia.:)

NaRuFiQ said...

sometimes i have to admit that anon can be so smart....lalalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...