12 March 2015

Air liur.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


aku cuba nak jadi yang terbaik dalam versi aku sendiri. walaupun aku sendiri tak pasti aku versi jenis apa. dalam keadaan yang kurang tahu dan agak blur dengan diri sendiri, aku cuba sahaja lah. aku cuba untuk tidak menyusahkan orang lain dan membuatkan orang lain nampak susah tengok aku.


dan selalunya gagal.


aku tak dapat lari daripada bergantung kepada orang lain. yang selalunya membuatkan orang sekeliling aku buat rasa susah dan serabut. jadi, aku banyak lari daripada orang lain. aku tinggalkan orang lain sebab aku tak nak memberi susah dan serabut. aku nak belajar berdikari. tetapi realitinya, aku percaya. versi aku ialah versi yang kuat bergantung kepada orang lain.

sebanyak mana aku lari daripada orang lain, aku lebih banyak derita. aku lebih banyak susah jika tidak susahkan orang lain. yang keluar daripada mulut aku, hanyalah maaf. maaf. dan maaf.

ada sebahagian kenalan memandang aku seorang lelaki yang matang. tapi, aku tidak dalam realiti. aku banyak ditimpa malang. untuk lelaki yang berdada sempit seperti aku, tiadalah yang lebih menyesakkan selain daripada manusia manusia yang suka membina harapan dan memasang gantungan yang panjang ke dalam hati. terpasak kemas.

untuk lelaki lelaki yang susah hati. untuk mereka mereka yang selalu meminta nasihat daripada aku. aku rasa seperti meludah ke langit. susah aku. bila ditelan pahit. tapi itu lah air liur, ia tetap di dalam mulut. sepahit mana ia menjadi, ia tetap pergi turun ke perut.

dan melihat kepada realiti.
membuatkan aku sedikit benci. dan mahu lari.

tapi, pelarian ini tidak akan ke mana. biarlah. dan biarkan.

biarlah aku berterus terang.
biarkan aku menjadi lelaki yang berdada lapang.



No comments: