15 August 2016

Pokemon Go dan kerja yang di reject.



Dah lebih 6 tahun blog ini berjalan, dan aku masih lagi stick menulis cerita peribadi dan perkongsian yang tak berapa menarik. Cerita cerita peribadi enak dibaca oleh stalkers dan perkongsian perkongisan sedap dibaca oleh strangers yang dapat relate dengan isi kandungan. Konklusinya, aku gembira yang aku masih kukuh dan setia menulis dalam blog. Ramai blogger telah pun bertukar arah memilih jalan berhenti dan ada yang memilih media sosial yang lebih baik. Memandangkan dunia blog ini jalan yang sangat sunyi sebab sekarang ramai dah tak baca blog, orang ramai lebih prefer mukabuku dan sebagainya yang lebih terbuka.

Bagi orang yang penyegan macam aku, blog ialah jalan terbaik untuk berjalan dengan sunyi. Aku memilih template yang lebih private sebagai tanda perubahan yang aku mahukan lebih semangat dalam menulis, yang aku rasa aku cukup fail dalam menghasilkan penulisan yang konsisten.

Orang hebat tulis jurnal kan? Tapi aku tak pasti sama ada tulis jurnal ataupun diari sebab nama blog pun bertajukkan 'diari'. Apa bezanya? Aku pun tak tahu sebab aku bukan orang hebat.

Pokemon Go.

Aku baru install.

Walaupun aku lebih prefer kepada original gameplay, bermakna di hadapan skrin gameboy dan bukannya AR, aku main juga walaupun tidaklah semenarik apa yang orang lain canangkan. Konsep yang baik, menangkap pokemon di alam realiti dan menggalakkan orang indoor meninggalkan tapak mereka di dalam bilik. Satu gameplay yang berbentukkan idea baru yang masih lagi boleh dikembangkan.

Aku pun tak nak puji banyak sebab aku main pun secara occasionally, memandangkan aku sejenis lelaki yang cepat bosan dengan perkara viral. Tapi gigih jugalah aku cari pokestop dan gym dan kebetulannya masjid dekat rumah adalah gym dan pokestop pula tempat wuduk masjid yang ada mural labah labah ( al ankabut ayat tak ingat sebab fokus tangkap pokemon, apa ke hal ).

Hampir hampir juga terlanggar kucing tengah jalan ketika naik motor. Lepas itu aku stop main.

Melihat sukses orang itu yang develop permainan ini sebgitu terkenal sehinggakan memecahkan rekod muat turun tertinggi dalam sehari sangat mengkagumkan. Kuasa pemasaran dalam media sosial.

Dan sejak akhir akhir ini pula banyak peluang terbuka untuk penulis penulis yang cuba untuk mengasah bakatnya, tampil menghantar karya mereka ke publishers yang rancak menerima tapi belum tentu publish. ( pessimisnya aku )

Mungkin aku ada pengalaman ditolak berkali kali dan diberi komen yang sangat pedas, aku jadi kebas dan lumpuh. Pedas sampai aku pitam berkali kali lah juga. Sampaikan waktu itu exam, aku tak studi sebab betapa downnya kuasa rejection. Sebenarnya, rejection ini perkara biasa biasa dalam hidup aku. Daripada sekolah lagi hidup aku sentiasa tertolak. Ingat lagi subjek kemahiran hidup, aku buat projek kayu, kena reject. Buat litar elektrik pun kena reject. Tak syelek dan tak cukup kilatlah. Tak smooth lah permukaan kayu. Wayar terbelit belit.

Semua ini adalah sebahagian proses aku belajar. Disebabkan aku bukannya budak genius dan dianugerahkan cepat belajar tapi cepat lupa. Buat kesilapan dan kena maki adalah salah satu cara aku ingat apa yang aku studi. Pedih kot kena marah marah sebab asyik buat silap tapi nak buat macam mana memang macam itu aku belajar.

Tapi, kalau karya penulisan kena tolak memang sakit. Sampai migraine berhari hari, yalah sebab kau dah habis banyak menulis. Banyak menghabiskan masa untuk menulis berbanding kau menghabiskan masa untuk membaca dan studi kos di universiti untuk bakal cita cita eternal kau. Pedih kot. Dua dua tak dapat. Lagi satu aku tiada supportive environment memandangkan aku datang daripada background keluarga yang bukan menulis, kawan kawan yang tak berapa minat membaca buku selain daripada buku akademik dan tak ada link dan network dengan komuniti penulis penulis.

Jika sebelum sebelum ini aku buat silap dan kena maki sebab projek kayu aku yang tak berapa best, paling kurang ada member aku yang boleh support; ada skill sapu syelek betul betul rata dan padu. Ada member yang pandai sikat wayar kasi betul betul trim, cantik.

Tapi, aku tak salahkan situasi. Yang bermasalah ialah aku sendiri yang malas nak cari link dan networking. Sebab masalah pertama aku ialah aku bergerak solo. Dan, aku tak tahu pun bergerak solo ini adalah satu masalah sebenarnya, sampailah tuan yang membaca dan menyemak karya tulisan aku beri komen dan satu dua kata yang buatkan aku terfikir berhari hari.

Hakikatnya aku masih lagi down. Aku masih lagi mencari semangat untuk menulis. Aku mesej beberapa orang penulis. Banyak kata kata positif yang aku dapat. Terima kasih. Walaupun mungkin nampak kecil di mata lain, besar di mata aku. Ini ialah minat dan passion aku. Walaupun aku tak berapa pasti masih besar ke passion ini, disebabkan aku mula sibuk dengan hal hal lain sejak kebelakangan ini.

Doakan aku dipermudahkan urusan.
Tak larat sebenarnya tengok orang tengok kita sebagai manusia yang tiada function.
Aku nak buat something yang penting supaya orang lain nampak kita penting.
Aku tak pasti sama ada ini lah jalannya yang boleh nampakkan aku penting dan function.
Bukan aku nak kejar sangat title atau pun redha manusia ini. Cuma aku nak ada somehing yang aku boleh contribute kepada masyarakat. Terutamanya kepada famili aku.

Semoga Allah redha.

Doakan aku. Doa itu percuma. Kau doakan aku, malaikat doakan kau balik.



1 comment:

Safuan H Kamarudin said...

Jangan putus asa bro. Lama aku mencari blog laki. Blogwalk dari satu blog ke satu blog perempuan kadang2 tu aku rasa tensi sebab kaum Adam ni tak rajin ke menulis blog? Keep on writing, keep on sharing. In sha Allah ada orang macam aku akan baca hehe.

Oh and kalau rajin follow la aku balik. lol

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...