31 August 2016

Yakin. Tak ada.



Kau kena yakin. Yakin dengan diri sendiri.

Aku pun terperanjat orang yang sekeliling cakap macam ini.

Aku terperanjat sebab macam mana dia begitu yakin untuk beri nasihat yakin diri sendiri, sedangkan aku lebih kenal diri sendiri yang aku sangat tak berapa yakin.

Dek kerna banyak sangat kelemahan yang aku ada.

Banyak sangat kesilapan dan sesalan yang tak berapa best.

Ubat ini kalau makan ada faedahnya, tapi kalau makan banyak, datang side effect. Random.

Side effect orang yang berjaya ini, dia akan tend to give advice. Banyak sembang dan berbual. Bukan nak kata kosong, bagus juga beri nasihat.

Tapi, kalau kau tolong aku ringankan beban dengan buat apa yang aku buat sekarang. boleh?

Aku tak marah. Aku terperanjat sebab orang orang lain semua yakin dengan aku yang tak berapa yakin ini.


2 comments:

Anonymous said...

yup. dalam bot yang sama. bila semua orang cakap, 'kau boleh. aku yakin dengan kau.', tu memang buat aku rasa pelik sedikit.
apa memang yang bercakap itu memang benar yakin dengan aku atau, kata-kata itu hanya sekadar penyejuk.

entah.

haliqA said...

aku crita masalah y sama kat ibu, ibu cakap,
" org prcaya kat kita bukan sbb kita, tp sbb Allah bg kelebihan sikit kat kita utk org percaya kita."

Bukan semua org sng dpt kprcyaan org lain. bersyukur lah utk satu nikmat Allah bagi.
Dalam kita lelah senarai 1000keburukan kita, Allah pilih satu kbaikan kita supaya mnusia contohi. Bukan tugas kita melarang mereka memandang tinggi kita, tapi tugas kita meniggikan pandangan Allah kpd kita.

teguran utk diri ini juga. Terima kasih rajin mencoret kebaikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...