14 August 2016

Zaman renaissance; Lelaki yang banyak kelemahan.



Semua manusia dicipta untuk melakukan perkara yang hebat. Hatta seorang homeless pun ada kerja yang hebat kepada orang lain, sebagai contoh memberi atau berkongsi tempat tinggal kepada orang lain yang juga homeless. Ironi. Bagi kita yang punya tempat tinggal tak akan nampak benda ini hebat dan anggap ini biasa biasa. Tapi, ini lah perkara hebat yang tak akan pernah kita mampu buat dan hanya dia mampu buat.

Dan semakin lama aku duduk di usia puluhan, aku masih lagi tersangkut mencari zaman pencerahan; zaman renaissance selepas umur akhir belasan hingga awal puluhan tahun sekarang masih lagi di takuk zaman kegelapan eropah. Orang eropah dulu dulu tak pakai sabun kot masa itu, aku kalau tak pakai memang tebal daki. Memang tak berani keluar rumah. Orang yang hidup zaman kegemilangan masa itu berlumba lumba keluar rumah; mengembara seluruh dunia dengan pakai baju yang wangi. Cari passion dan semangat untuk cari ilmu dan kerja.

Dan aku masih terbongkang, menonton cerita sedih semalam. Banyak keputusan keputusan yang aku buat bertahun tahun lepas lamanya jadi mimpi ngeri sekarang. Aku tak tahu macam mana nak restart balik. Masa depan terlalu kabur. Yang aku nampak ialah hukuman yang sangat kejam menanti. Kalau hidup di dunia tanpa berdarah bukanlah namanya hidup.

Melihatkan kawan kawan seusia mahupun tua dan awal beberapa tahun beza, ada yang dah habis studi, bekerja, baru habis interview, ada yang baru ber couple dan berkahwin, ada yang baru dapat anak dan ada juga yang telah pergi selamanya. Buatkan aku rasa sedikit inferior bukan bermakna aku mahukan apa yang mereka ada. Aku tak rasa aku memerlukan perempuan sebagai pasangan buat masa sekarang sebab aku bukan seorang lelaki masa depan yang anda mahu. Aku tak pandai masak dan buat kerja rumah, aku tak pandai pasang dan baiki perkakas dan alatan rumah, tak ada kerja dan masih belum tamat studi, tak ada passion dan cita cita, tak ada kereta mahupun lesen kereta dan secara konklusinya, aku lelaki yang banyak kelemahan.

Aku bukannya lelaki yang pandai sangat dan tidak bercita cita tinggi. Angan angan pun sangat rendah. Senang cerita aku ialah lelaki yang patut kau elak dan patut kau keji. Sebab itu aku banyak lari dan belajar sendiri sendiri jadi lelaki yang baik macam kawan kawan aku yang hebat. Aku takut jumpa perempuan yang akan cari kelemahan lelaki based on kelemahan aku. Lelaki bukan semua macam itu, aku sahaja lelaki yang macam itu. Jadi, aku menyorok dan malu. Ada hikmahnya juga aku menjadi pemalu dan penyegan supaya orang tidak ambil kesempatan. Tapi tiadalah aku menjadi pemalu yang sampai tak keluar rumah dan tak boleh bercakap langsung. Aku tidaklah selemah itu.

Aku banyak buat kesilapan lalu yang banyak disebabkan aku anak yang sangat nakal, sekarang pada timeline ini, aku sedang berlatih untuk bersabar dengan kesan kesan hebat hasil kesilapan lama. Sakit. Aku tak tahu bila aku dapat berlari macam orang lain. Dapat bergerakkan ke fasa lain. Bukan fasa berkeluarga. Aku memang tak minat berkahwin. Bukan bermakna aku tak berminat denga perempuan, nanti kau kutuk aku lagi pula. Aku masih minat perempuan tapi bukan sekarang. Aku lebih berminat nak cari passion dan semangat aku yang telah lama hilang. Aku tiada cita cita walaupun aku studi dan belajar something yang akan jadikan cita cita ini sebagai pekerjaan yang eternal.

Masa sekolah rendah, aku minat jadi posmen sebab aku suka motosikal, Posmen naik motosikal hantar surat. Jadi, sekaligus aku fikir posmen adalah cita cita yang baik. Masa beredar, aku berminat jadi penyiasat persendirian sebab aku minat detective conan. Tapi, masalahnya aku ini seorang yang sangat blur dan tidak peka. Aku juga sering mudah ditipu dan mudah percaya. Dan aku juga tak pandai buat keputusan yang betul dan rasional dalam masa yang terdesak. Lemah kan aku? Jadi, kepada stalkers yang kenal aku, aku memang lelaki yang tak best. Dahlah tak best, tak jambu dan tak kelakar.

Aku minat jadi guru sampailah sekarang. Mungkin sebab aku terharu dengan salah seorang warden yang merangkap guru aku yang banyak menolong aku masa sekolah menengah berasrama dahulu. Waku aku demam panas, muntah muntah dan cirit birit sampai aku terpaksa tak seat untuk exam kimia dan pendidikan islam di tingkatan 4, warden aku hantar aku ke hospital. Banyak hal memalukan sepanjang aku sakit yang aku rasa dia sangat sabar dalam handle situasi itu. Aku tak nak cerita sebab aku malu. Aku kan lelaki yang banyak kelemahan. Ingat lagi, duit aku kena curi masa tingkatan 4 ke 5 dan aku tak ada duit tambang nak balik rumah tapi dia sponsor beri duit. Terharu. Semoga Allah tambahkan rezeki ustaz dan hidup dalam rahmatNya selalu.

Selepas beberapa tahun, budak junior dorm aku mengaku dia ada curi duit aku dalam locker. Itupun dia mengaku sebab dia minta halal, dia nak seat untuk exam SPM tahun itu. Budaknya baik masa sekolah tapi aku memang mudah percaya orang. Tapi, tak apa aku maafkan. Sekarang budak itu sedang mengejar cita citanya di luar negara. Semoga Allah berikan kau kemudahan atas segalanya. Dulu aku ada buat tuisyen, aku ajar budak sekolah rendah dan menegah. Alhamdulillah. Ia berjalan dengan lancar dan bagus.

Aku ada sedikit sesal yang aku tak memilih jalan itu dan memilih jalan lain. Dan aku rasa aku sedang berhadapan dengan penalti yang aku fikir balasan yang sukar untuk terima. Tapi, tak apalah. Asalkan aku belajar menerimanya secara perlahan lahan dan pekakkan telinga daripada kutukan orang ramai. Aku masih lagi mampu survive.

Dan semakin lama aku terpuruk di dalam zaman kegelapan eropah, masih ada ke harapan untuk melihat zaman renaissance; zaman di mana aku boleh pakai sabun. Zaman di mana aku boleh jumpa passion aku hingga aku sanggup mengembara ke seluruh dunia. Habiskan segala duit dan usia sebab aku happy sangat dapat kejar yang aku mahu. Zaman di mana aku tak dilihat sebagai lelaki yang banyak kelemahan.

yang ikhlas,
lelaki yang tak pernah terima confession daripada wanita tapi, tak mengharapkan pun confession cinta wanita sebab, takut rosakkan hidup wanita itu dengan kelemahan kelemahan diri sendiri yang banyak.


1 comment:

roji said...

I can relate to this. Rasa macam kamu cerita pasal saya. Yg part nak jadi private investigator sebab minat detective conan tu memang sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...