22 July 2011

Coretan si pemalu yang hiba ....

kepada si dia ,

si pemalu berasa rebah jasadnya di dataran haba sebaik mendengar si dia akan hilang daripada pemandangannya .dia tetap tabah untuk sekian kalinya menampar wajah bekunya apabila terdengar perkhabaran si dia yang bakal membawa diri untuk berkarya di dimensi timur dunia . si pemalu berasa hiba , mungkin hiba yang biasa tapi dia tetap rasa hiba yang mendalam .


si pemalu risau akan takdir si dia di dimensi lain . ujian di sana lebih hitam dan sukar melihat pemandangan benar kelak di sana . si pemalu bimbang akan kehidupan baru yang bakal jatuh menimpa jasad di dia . namun , si pemalu lebih khuatir apabila si dia terpedaya dengan rasukan jasad-jasad lain . si pemalu takut si dia akan lebih jauh daripada dia bukan sekadar dari sudut topografi malah lenyap terus dalam dimensi hati si pemalu .


si pemalu sedih , bertambah sedih dan terus sedih mengingatkan kembali kisah sepi si dia . memerhatikan kegemaran si dia , mendengar gelak tawa rendah si dia di sebalik perabot dan di kala khusyuk berjuang menangkap ilmu di malam hari . setiap hari itu adalah kesukaan si pemalu kerna si pemalu rasa bahagia menyaksikan fenomena indah alam tuhan .


kini , dia melebarkan sayap pari-parinya lebih jauh dan sehinggalah terus meninggalkan hanya pelepah putih memori . andai kata si pemalu meluahkan kehangatannya kepada si dia , mungkin ada peluang untuk membunuh sayap pari-pari si dia . namun , itu hanyalah 'andai kata' kerna si pemalu adalah sang makhluk yang sangat malu untuk menembak bait-bait kata di celah sayap pari-pari si dia .


si pemalu membisik ghaib sehinggakan dunia lain tumpang simpati . menanti bisikan balas daripada si dia . mungkin si dia masih belum lagi mendengar . namun , tiang tetap dipacakkan dalam hati si pemalu , menanti si dia memberi jawapan suci .


kadang kala si pemalu berasa cukup menyesal dikala meminta tuhan dikabulkan doa untuk si dia . doa itu telah disiapkan dengan sempurna dan menghantar si dia jauh ke lautan biru gelap .


si pemalu masih lagi malu dan terus malu . mungkin ini adalah penamat 'hikayat lelaki pemalu' , si pemalu masih lagi mahu menggunakan ayat magis 'andai kata' , namun ayat itu hanya percuma dan omong kosong sahaja kerna dia hanya sang pemalu di muka bumi ini .


dengan hati yang hiba bercampur baur dengan kekesalan , dia hanya mampu mengangkat muka ke langit . mencari bulu-bulu pelepah putih memori yang ditinggalkan si dia . si pemalu berlari kencang mendaki bukit melihat satu bulu pelepah putih memori di mata bukit dunia . namun , angin tetap dengki sambil dibantu molekul air yang cemburu ; menghalau bulu pelepah memori itu terbang menconteng langit biru hingga ke ruang dimensi ajaib.

si pemalu marah dengan mereka sambil berlari kencang melawan arus hukum alam . memijak segala lapisan langit kerna butuhkan pelepah putih memori si dia . akhirnya , pelepah itu hilang ditenggelami gelap alam dunia . si pemalu hiba keseorangan di ruang ciptaan alam maya . dia berbaring sambil meningkatkan jumlah keluasan jasad di lantai beku . memerhatikan atmosfera gelap yang dihiasi warna hitam kebiruan tanpa bintang .

mata si pemalu , telinga si pemalu , mulut si pemalu dan hidung si pemalu berasa kasihan lalu membisikkan hajat pada langit yang pudar . langit juga berasa kasihan lalu berusaha perkenankannya sehinggalah hampir hitam permukaan jasad langit ketika itu . bintang-bintang juga mula kasihan lalu berusaha melekatkan di permukaan langit yang hitam ; mencerahkan karya tuhan teragung .

awan-awan turut kasihan lalu meniupkan angin yang dengki kepada si pemalu untuk menyapu titisan air mata yang di pipi si pemalu . air mata itu membentuk molekul air yang cemburu lalu bersentuhan dengan langit hitam. langit hitam merestui segala rakaman hidup si pemalu .

bulu pelepah putih memori itu terbang perlahan bersinar-sinar cahayanya menampalkan dirinya di celah langit hitam yang berbintang-bintang . jatuhnya pelepah itu ibarat jatuhnya di permukaan air dingin . maka terbentuklah wayang kisah ingatan si pemalu bersama si dia .

si pemalu berasa sebak dan berpuisi melankolik di parut hati . namun dia malu dan tetap malu . dia merenung wayang langit sambil bersiul bait-bait indah diiringi melodi kisah silam antara mereka .

' oh tuhan , andai kata kisah ini menjadi takdir antara kami , tunjukkanlah aku jalan yang sebenar-benar sudut dan tidak akan terlencong sedikit pun daripada kebenaran yang engkau inginkan kepada kami . andai kata kisah ini palsu , sungguh aku tidak layak menikmatinya dan terus mencari hakikat nikmat yang sebenar-benar nikmat di muka bumi mu '



setelah tamat wayang ingatan , si pemalu mengutip semula bulu pelepah yang jatuh di permukaan langit . ditanamnya di dalam hati dan dibungkuskan dengan campuran silika dan emas berwarna putih . dia mampu memandangkan ke titik suci sambil berhasratkan perkataan malunya .

' semoga berjumpa lagi , bidadariku .... '

terima kasih kerna menjadi sebahagian daripada hikayat si lelaki pemalu .....


sayang ,
encik pemalu .

4 comments:

uwmaisarah said...

haih,
sedih baca.

cik riffa :) said...

:(

Anonymous said...

sang bidadari berada di timur la niyh..si pemalu mesti rindu bukn..haha

Filwi said...

Secebis coretan yang sangat bernada melankolik.

Malu itu indah ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...