31 July 2011

Penjara yang aku idamkan ...

salam ziarah ....

sudah terlalu lama tidak mengukir kata-kata di sini hamparan permaidani putih ini . mungkin aku sedang mengalami taufan badai emosi kebelakangan ini . manakan tidak , jiwa aku sedang dilanda pertarungan yang berbeza sekali dalam sepanjang umur sejak mendarat di muka bumi hina ini .

pertarungan kali ini lebih menakutkan dek kerna masa depan aku terletak betul-betul di atas dinding yang nipis yang entah bila akan roboh . aku cukup gentar apabila dicabar oleh kaum dewasa memberikan satu impak pukulan yang cukup kuat kepada musuh . mungkin aku masih takut melihat keputusan markah pukulan yang tak membanggakan dibanding kepada pesaing-pesaing baru yang datang dalam pertarungan ini .

secara jujurnya aku kata , aku manusia yang telah keluar daripada penjara . aku kini banduan yang telah bebas untuk mempamerkan aksi kelincahan dan jurus hikmat yang mungkin juga mampu menghempuk gunung -ganang runtuh berkecai .

tetapi naluri hati ku berbisik , ada juga yang pesaing-pesaing lain yang berdaftar dalam pertarungan itu masih lagi dibelenggu rantai-rantai penjara yang mengerikan . ada juga yang tidak dikemaskan dengan rantai tetapi sebaliknya masih lagi dilabelkan penduduk penjara . aku keliru . aku berfikir sejenak .

hidup mereka masih lagi dibelenggu kejahilan dosa-dosa silam yakni masih lagi dalam tahanan penjara . sudah tentu lah aku lebih handal daripada mereka kerna aku sudah bebas dengan pameran besi yang terikat di kedua-dua belah tangan aku . aku bangga dengan diri sendiri .

namun , hatiku membentak . marah akan diri ku . ' kamu terlalu bangga akan diri sendiri , kelak kamu akan rasa padahnya menyentuh dimensi ego hitam kamu sendiri ' 

akhirnya , aku masih keliru dengan takdir tuhan . mustahil bagi mereka yang dibelenggu dengan tiang penjara mampu menguasai pukulan bertenaga dan jurus hikmat yang telah berjaya menikam nyawa musuh dalam pertarungan . tangan ku yang telah bebas daripada besi berkarat itu tidak berjaya membunuh nyawa musuh .

aku hairan sekali lagi dengan takdir tuhan . 

mungkin tangan ku terlalu bebas dan nmungkin juga kakiku terlalu bebas . apa yang aku perlukan ialah sebuah penjara yang mampu membelenggu kebebasan aku selama ini . mungkin itu satu resepi kejayaan untuk mampu meragut nyawa musuh .

aku perlukan besi rantai tangan dan kaki , aku perlukan tiang-tiang penjara dan aku juga perlukan lantai sejuk yang tidak bernyawa . mungkin ini yang akan memisahkan dimensi yang sedang sakit .

oh tuhan , ujian apakah ini yang telah buatkan kepala fikiran ku bersongsang daripada meminta sesuatu yang berbeza daripada akal yang sihat ? apakah aku sudah hilang waras akal yang sihat ? atau juga aku memohon perkara yang Engkau sahaja tahu hikmahNya ?

mungkin aku perlu perbaiki sedikit permintaan kepada tuhan ....

aku perlukan penjara yakni yang dihiasi dengan keseimbangan cas positif dan negatif alam , tiada ketidakstabilan dalam memikirkan kebesaran tuhan . aku mahukan rantai besi berwarna putih yang membelenggu aku daripada berbuat kebinasaan . aku juga perlukan tiang-tiang besi penjara bercahaya yang bisa memberikan silauan yang tinggi untuk aku menyekat mata ku berpaling kepada maksiat . aku mahukan lantai yang bernyawa yang mampu mengerakkan kaki ku dengan pantas membawa menghadapMu ke titik suci setiap tepat pada waktunya .

mungkin itu yang aku dapat lihat pesaing-pesaing aku yang masih dibelenggu penjara itu , ada kelebihan yang istimewa berbanding mereka yang sudah tidak dibelenggu dengan rantai dunia .

penjara yang cukup istimewa untuk didiami anak adam . aku kagum dengan kuasa daya tarikan penjara itu malahan juga bukan sesuatu yang negatif penjara itu dilabelkan sebagai simbol anti- kebebasan . ada juga terselit spektrum warna-warni kebaikan yang diserap dalam tiang--tiang besi penjara itu .

sehingga kini aku masih lagi mencari kunci suci ke penjara itu ~ 

p/s : berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi setahun dan berterusan selama-lamanya ......

4 comments:

amii afandi said...

ehem. selamat menyambut ramadhan:)

NaRuFiQ said...

selamat menyambut ramadhan >_<

Anonymous said...

assalamualaikum..

saya cuba mencari titik permulaan perubahan gaya bhs mr paracetamol.

kerana pada awal entri, gaya penulisan naufiq nampak berbeza.

dan mungkin ya, saya rasakan entri inilah yang menunjukkan sedikit peranjakan dari post2 yg sebelumnya..
post ke-2 selepas bergelar mahasiswa?

mungkin kerana perubahan cara berfikir atau gaya penulisan atau peningkatan gaya bhs, membuahkan penulisan yg semakin matang
rasa2 sy je la :)

Apa2pun sy terhibur dgn blog ini, semoga berjaya sama ada dlm kehidupan naufiq sendiri, mahupun dlm menhasilkan entri2 yg hebat lg...

cik anon.

NaRuFiQ said...

*gelak~ ....ya , mungkin saya sudah matang...nampaknya cik anon sudah lama menjadi silent reader saya...terima kasih kerna sudah lama memerhati saya...dan alhamdulillah kerna dpt bnyk ilham...dan terima kasih juga kerna mendoakan saya...doa itu percuma...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...