17 July 2011

Hikayat Lelaki yang pemalu...

salam ziarah kembali...


di sini aku ingin menconteng berkenaan hikayat lelaki yang pemalu dalam dunia...cerita yang mungkin kedengaran tipikal tapi disahkan wujud dan berdasarkan pengalaman watak yang masih lagi hidup pada saat ini...

dia dibesarkan di keluarga yang sederhana besar dan telah ditakdirkan oleh tuhan untuk menjadi watak sulung dalam kelompok adik beradiknya. Yakni dia telah dipertanggungjawabkan menjadi seorang pemimpin sejak lahir lagi...


dia dibesarkan dengan gaya hidup yang sederhana ; tidak mewah dan tidak terlalu miskin...dia hanya lelaki muda yang biasa yang tidak hebat pencapaian peribadinya dan keputusan akademik yang hanya sentiasa konsisten..


ketika umur nya sebaya dengan pelajar tadika , dia dimanjakan dengan permainan anak-anak kecil perempuan kerna disebabkan perhubungannya dengan sanak saudara dan kawan-kawan perempuan yang lebih utuh daripada jantina sendiri...mungkin dia sedang berusaha mencari identitinya ketika itu...


setelah kian umurnya mula meningkat ke tahap sekolah rendah , naluri kelakiannya mula memutuskan dirinya untuk keluar kepompong yang lama. Dia bertambah malu dengan kaum hawa. Kronologi masa nya bergerak pantas menjadikan dia bertambah malu sehinggalah dia mencapai akil baligh. Dia menghidap sindrom ' takut perempuan ' dan menambahkan bilangan peratus untuk tergolong dalam kumpulan anti perempuan....


setiap detik masa yang berlalu dia takkan terlepas dengan setiap jasad kaum hawa yang sentiasa menumpang setiap ruang yang dia lalui sepanjang hidupnya. oleh kerna kerap kali mereka berada dipertengahan laluannya , hatinya telah dilingkari dengan akar yang menjerut hatinya untuk mengenali si dia lebih dekat. tetapi hatinya yang pemalu , tidak membenarkan dia untuk meluahkan isi hatinya.

dia malu untuk mengatakan perkara benar apabila bersemuka dengan si dia. matanya sentiasa dilabuhkan pandangannya ke bawah dan gerak badannya sentiasa menunjukkan dia kaku dengan situasi dingin itu. seperti biasa mulutnya sentiasa mundar-mandir dengan perkataan dan seolah-olah lehernya dicekik dengan semangat berwarna hitam...


dia membisu tetapi membuka matanya disebalik celah ruang udara untuk menatap si dia. malangnya, dia umpama molekul-molekul air yang terapung di udara . cas-cas pengalir tidak sampai kepada si dia dek kerna tiada material yang bisa mengalirkan cas-cas tersebut kepada si dia...





mesej hatinya terkubur dan terus disemadikan sehingga dia sekali meningkat ke musim penghijrahan umur yang seterusnya. dia masih lagi seorang lelaki yang pemalu tetapi dia mula sedar yang dia perlu tahu benar akan maksud 'malu' itu. Dia mula bijak menghadapi situasi janggal apabila bersemuka dengan kaum hawa...dan dia juga mampu menangkap sedikit pandangan kaum hawa yang tepat ke kornea matanya dalam tempoh yang agak lama....


cukup bahagia apabila dia dapat menangkis persepsi dirinya yang sudah bukan pemalu tetapi dia masih lagi malu dengan si dia. dia mula takut-takut.....bukankah di ruang-ruang lain juga terdapat jejaka yang bukan pemalu yang bisa meluahkan segala kecantikan si dia...

dia malu sekali lagi . lelaki ini bertambah malu dan terus malu dengan situasi ini . dia hanya mampu memujanya dalam hati yang malu . dia tak mampu untuk menghadiahkan senyumannya kepada si dia kerna lelaki ini sangatlah pemalu . dia juga tak mampu untuk membisikkan surat rahsia melalu corong-corong udara yang nipis. wajahnya risau terkenangkan si dia ; adakah si dia sudah menerima bisikan ghaibnya??





mulutnya malu , wajahnya malu , telinganya malu , hidungnya malu tetapi jari jemarinya tidak malu....
dia menulis segala isi hatinya dalam kertas kosong sambil berharap kertas kosong yang ditulis itu hilang keesokkan paginya diterbangkan oleh angin putih kepada si dia...biarlah si dia membaca segala isi hatinya dan biarlah si dia juga tahu hatinya sudah dijerat.
mungkin dia masih malu tetapi hatinya nekad untuk mengharapkan perkara mustahil yang ajaib itu....



please don’t be in love with someone else
please don’t have somebody waiting on you
please don’t be in love with someone else
please don’t have somebody waiting on you



dia tersenyum pada suatu hari membaca ayat rekaan manusia di ruang majalah ; ' jika seseorang itu jatuh ke riba seseorang maka bisukan lah mulut dan khabarkan berita gembira itu kepada tuhan kerna sesungguhnya tuhan lebih layak untuk mengatur takdir yang baik untuk mereka '



dia malu dengan dirinya tetapi dia cukup berani untuk membisikkan nama si dia ke dua belah tapak tangannya menghadap titik suci. dia mula berpinar-pinar mencari bait-bait kata untuk dijadikan material yang boleh mengindahkan doanya kepada tuhan. dia hanya mampu berserah dan menunggu jawapan yang entah bila akan ditentukan tarikhnya ~


this night is sparkling, don’t you let it go
i’m wonderstruck, blushing all the way home
i’ll spend forever wondering if you knew
i was enchanted to meet you too


~ tutup sudah 'hikayat lelaki yang pemalu' hingga kini tiada kesudahan... ~

i was never in love with someone else
i never had somebody waiting on me
’cause you were all of my dreams come true
and i just wish you knew
________ i was so in love with you.







p/s : lagu enchanted nyanyian versi taylor swift dan versi owl city , buatkan aku jadi gila sampai sekarang....ini serius


7 comments:

Daktechic said...

me t0o! sgat besh lgu 2^-^

NaRuFiQ said...

hahahaha....sama lah kita....rse heaven je dengaq

Zalikha said...

wuaaahhhh~kali ni memang ko dapat menjelmakan emosi tentang apa yang ko tulis.ni kes rindu sgt kat org tu la ni ye?hehe

Zalikha said...

wuaaahhhh~kali ni memang ko dapat menjelmakan emosi tentang apa yang ko tulis.ni kes rindu sgt kat org tu la ni ye?hehe

NaRuFiQ said...

hurmmmm.....rindu yang bakal menebal...

CAHAYA HARIKU said...

suka citer ni:)
suka tindakan lelaki dalam kisah ni:)
suka cara penyampaian citer ni:)
ada lagi ke lelaki betul2 macam ni?
kalau ada, alhamdulillah-semoga dia mendapat jodoh yg terbaik sebaik dia. amin. kalau perasaan lelaki ni btol2 ikhlas, hubungan yg ikhlas akan kembali juga ke dia..mungkin

NaRuFiQ said...

soal kewujudan lelaki ini tidak perlu diulas...terima kasih kerna membaca dengan cermat....alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...