13 July 2011

Melintas bersama si dia di ruang udara...

salam kembali...

sekadar menenangkan minda yang beku dengan alam hiba yang kian lama memudarkan warnanya untuk tatapan makhluk sekalian atas tanah.

hanya coretan yang bernada enak sahaja dapat diestrak keluar terpapar di laman putih ini. kadang-kala melodi yang enak dan bait-bait indah mampu mencairkan jiwa insan yang bergelar pendengar runut bunyi.












andai kata aku jumpa separuh daripada diriku , aku akan sentiasa bertinta di sebelahnya sambil menghirup cebisan udara dan menghabiskan segala sisa molekul udara di ruang yang telah ditakdirkan tuhan. sesempit mana ruang udara tersebut , tidak sesekali aku akan berganjak keluar untuk meminjam molekul udara di ruang lain kerna tingginya ghairah kepala aku dijatuhkan ke ribanya. andai sudah kosong molekul udara di ruang kami, ruang tersebut akan disemadikan bersama selamanya.


andainya , aku diberi peluang bercakap dan mendengar suara tuhan yang memberi petunjuk bahawa dirinya 150 juta ela daripada titik aku berdiri, aku akan kejar dan terus kejar dengan kencang dan cuba sedaya upaya merahsiakan wajah aku untuk aku tenung wajah nya. aku akan cuba menyelamatkan setiap detik dunia demi mencari peluang untuk aku melafazkan sumpah setia kepada nya.

'Oh tuhan....andai kata aku berjaya 'merampas' dia...sudikah Engkau kabulkan permintaan ku supaya mulut aku dibisukan dan jadikan Engkau sebagai destinasi pelafazan sumpah setia ku kepadanya. aku segan dengan kata-kata aku tapi aku juga segan kepada Engkau . tapi, Engkau tempat kami kembali , sudikah Engkau kabulkan permintaan aku yang kedua ? ; sampaikan kata-kata aku kepada dia ,'

~ sudikah awak menumpang di ruang udara ini kerna aku berasa bahagia dapat bertemu dengan awak..~




p/s : aku lelaki yang segan dan sentiasa mundar mandir dengan perkataan...

4 comments:

FaD + iLaH said...

waaa hebatnye kata-kata awk..hehe

amii afandi said...

jiwa syafiq telah berubah~ woohaaa!

jiwang la kauu!

NaRuFiQ said...

Fadilah - thnx weee~

NaRuFiQ said...

amii - jiwang ke...tee hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...