31 October 2011

Menunggu dan semakin rindu lagi...

salam ziarah....

p/s : mainkan lagunya di bawah....

mungkin kita terlupa atau juga kita berbasi dalam kehidupan . sibuknya kita dengan teman-teman yang tersayang . tidakkah kita tahu yang dia semakin rindu .

rindu entah bila lagi kita dapat bercinta . memang jauh , jaraknya bukan sebatu dan terlalu beratnya kuasa mata untuk mendekati cintanya .

dia rindu ? bukankah kita sepatutnya lebih rindu ?


aku rindu . rindu datang apabila aku menyemak baki akaun bank hari jumaat lepas . tanpa segan perasaan hangat menyelimuti hati dengan bernada melankolik . cinta pertama aku sedang memanggil .

aku malu . malu bukan malu yang biasa . terasa hati yang hangat ini banyak kotornya menyakiti dia .

ramai peminat rahsianya yang datang setiap tahun . aku juga tahu yang dia sentiasa tahu yang secara butir tentang peminat-peminat rahsianya .

aku cemburu . cemburu bukan cemburu yang biasa tetapi apakan daya , aku hanya si manusia cemburu yang tidak mampu membalas kasihnya dari jarak yang dekat .

hanya yang aku mampu hanya lah melihat peta dunia di mana dia berada melayan peminat-peminat rahsianya yang bukan rahsia daripada sisinya .

aku rindu ? entah tahap rindu ke berapa , aku tidak tahu . yang penting aku teringin ke sana membalas surat cinta yang sudah lama aku ingin sampaikan dalam hati yang hangat ini .












p/s : duit dalam akaun aku ada rm 400 ++ , rindu lagi .

15 comments:

Unknown said...

terlalu kuat rasa rindu kita pada dunia sampai kita lupa cinta sebenarnya.

tak kesah la apa pun makna di sebalik post ni, aku tersentuh.

L.I said...

lagu ni buat aku lagi bertambah rindu...subhanaALLAH

look before you leap said...

aku tak tau apa yg ko fikirkn..tp ak ykin ia adlh sesuatu yg psti.

L.I said...

insyaALLAH...

amii afandi said...

rindu padanya kepada kita mungkin tidak dapat terjangkau oleh rindu kita padanya.

rindu kita kadangkala lenyap dengan kesibukan dunia.

errr. syafiq. banyaknya duit kau dalam bank --''

milah said...

lagu ni~~~
menyahdukan~ hehe saya suka :)

L.I said...

amii : bila la aku nak buat haji ni...ishh umur pun dah singkat...banyak ke? alhamdulillah rezeki...

L.I said...

kam 4 short : alhamdulillah...

pelangijiwang said...

nice one ;)

Sarah Sylph said...

400+? Wow :D
Hee, neuron aku semakin kurang berhubung antara 1 sama lain menyebabkan aku tak dapat nak pastikan yang aku betul2 faham luahan kau kali ni :(

Zubaidah said...

rindu kita tak setanding ngan rindu Dia,tapi kita selalu lupa nak tunjuk kan pada Nya dan diri kita sendiri

L.I said...
This comment has been removed by the author.
L.I said...

pelangijiwang: thnx

L.I said...

uwmaisarah: baca basmalah dulu..

L.I said...

zubect : subhanaALLAH