16 April 2012

Ada apa bahagia dalam hujan ?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




hujan rintik-rintik membasahi muka bumi . angin bertiup kencang dan adakalanya perlahan dingin . gelap malam ini ditangisi awan yang terbang di langit . mengapung bersama cahaya bulan yang sedikit . udara menjadi beku sebentar . atmosfera tenang menyelimuti alam . lagu yang berirama perlahan dimainkan , mengulit rasa tenteram kepada jiwa yang mendengarkannya .






ada apa dalam hujan ? ada rasa bahagia . bahagia yang hanyalah biasa-biasa jika dipandang oleh manusia yang biasa . bahagia yang bukan hanya untuk dilihat tetapi dirasa dalam hati . rasa bahagia yang bagaimana ? bahagia yang mendapat pandangan penuh kasih sayang daripada tuhan maha tinggi .


ada apa bahagia dalam hujan ?

kanak-kanak bersampin hijau pulang menaiki basikal sambil bermain hujan pada waktu petang . pulang berkejaran antara satu sama lain di tepi jalan raya yang penuh lopak , membasuh tayar yang botak penuh dengan debu hangat mentari semalam .


ada apa bahagia dalam hujan ?

katak-katak melompat di balik semak di dataran sekolah , entah gembira atau sedih  pada bulan julai . gembira dapat melepaskan diri daripada sekumpulan pelajar aliran sains dan sedih kerna ditangkap , menanti nyawanya hilang pada hari esok di makmal sekolah .





ada apa bahagia dalam hujan ?

pelajar universiti menghirup kopi panas di hadapan laptop bersama teman-temannya . bersama menonton rancangan televisyen yang tergendala , rancangan yang bukan ilmiah pastinya .


ada apa bahagia dalam hujan ? 

pekerja kilang yang bekerja keras , membanting tulang demi mengumpul rezeki untuk simpanan masa depan keluarganya . mengucup manja ahli keluarganya sebelum melabuhkan mata dalam dingin hujan .


ada apa bahagia dalam hujan ?

lelaki yang berkejaran dengan rakan-rakannya di padang bola . membunuh suci warna baju dengan lecak perang . gembira hingga ke langit , sehinggakan mahu awan itu terus menangis untuk masa yang lama . dan malamnya , mereka pula yang menangis membasuh kotornya baju bola .


ada apa bahagia dalam hujan ?

 kekasihnya itu mahu memutuskan hubungan di taman yang penuh rintik-rintik . lelaki itu pedih . emosinya didera . mungkin kerna tidak bisa ditolak , diseksa emosinya kerna biasa menonton rancangan gusti yang selalu menyeksa fizikal . lelaki itu bahagia , mengenal apa itu sakitnya kasih sayang yang hilang .


ada apa bahagia dalam hujan ? 

seorang lelaki tua yang berketayap putih lusuh . mengenggam tasbih , mengira tahmid dan melaungkan takbir dalam hatinya . matanya melekat ke langit yang basah , bahagia menanti hari esoknya yang dia masih lagi mahu menghirup angin dingin di balik tingkap masjid .  bahagia yang menjadi dua , sama ada bisa melihat bibirnya menjunjung nama tuhannya atau bisa melihat wajah tuhan yang teragung di alam hakiki .





ada apa bahagia dalam hujan berkenaan diri anda ? saya tidak mahu tahu . biarlah ianya menjadi rahsia . rahsia yang dikunci erat dalam hati . rahsia yang hanya kita boleh bongkar kepada tuhan . rahsia yang mengutuh rasa cinta kepadaNya . Alhamdulillah atas segala nikmatMu , nikmat yang berbentuk hujan . hujan yang penuh rahsia .

17 comments:

Anonymous said...

hujan oh hujan..
satu nikmat Allah yg wajib kita syukuri..

L.I said...

alhamdulillah , hujan yang turun bagaikan mutiara~~lalala

Anonymous said...

yeah apabila lelaki ini menyanyi..lalala

Zubaidah said...

i like this entry so much. x tahu knpe aku leh rse sebak lak bila bce, ntah ape2 aku nie. tp aku leh bygkan setiap stituasi yg kau tulis. kdg2 kita benci pd hujan, hgga tak nampak bahagia yg kdg2 terselit bersama

L.I said...

anon : serius aku teringin nak tahu siapa ko sebenarnya....

L.I said...

zubect : ko memang sehati sejiwa dengan aku....hujan buat aku rasa bahagia yang banyak...

cik aqil manis ^^ said...

kenapa dalam movie bila part sedeh2 mesti turun hujan..hehe.. nak buat permintaan boleh? tolong tuliskan entry ada bahagia dalam tangisan.. :)

L.I said...

bahagia dalam tangisan....ermm tengok la dulu er er

cik introvert said...

tika hujan, ada dua perasaan timbul.sedih dan gembira.
tengoklah citer korea Love Rain.
Hoho

shafizah said...

waktu kelam kabut pulang dari kolej dalam hujan, kau pernah nampak seseorang yang seorangan menunggu bas dengan wajah risau galau? itulah anonymous yang kau cari.

L.I said...

cik introvert? : oh ok....rasa memang kenal dia ni~~

L.I said...

shafizah : maaf , mata saya rabun . kata r pernah terserempak dengan aku? bukan nak tegur , nanti leh kasi payung ^_^

Sarah Sylph said...

Bismillah, lama tak komen kat sini,
taktau weh kenapa rasa macam hujan atas kepala aku bila baca entri nih -__-
Teringin nak tengok impian kau nak tulis buku tu tercapai, serious.

L.I said...

kasi lap kepala yang basah tu...kekeke insyaAllah jika ada kemahuan di situ ada jalan , eh , ternasihatkan utk diri sendiri pula

seputih awan said...

Hampir tujuh tahun...aku tidak menelan pil itu..PANADOL..PARACETEMOL..

Bila sakit kepala..air suam jdi penawar..kadang-kadang bawa tidur ja..bagi cukup tidur..

Tapi tadi...aku rasa aku telah overdose dengan 'PARACETEMOL'...

Dari awal pagi membawa ke saat ini..masih lagi mabuk 'PARACETEMOL'..

Huhu..hebat penangan si 'PARACETEMOL'...
Barakallahu fik..^_^..

L.I said...

subhanaAllah , saya pun dah lama x makan paracetemol . ^_^ terima kasih kerna hadir dan baca di sini . semoga sentiasa diberi rahmatNya

seputih awan said...

Amin...Allahu yubarik fik..^_^