15 April 2012

Bayang-bayang yang kecil

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


kadangkala , saya selalu lihat diri saya seseorang yang memegang watak kecil dalam layar perak kehidupan . saya ini lahirnya adalah memegang peranan dan perwatakan pelakon minor yang sedang mendokong watak major . menyerlah dan menambahkan seri seseorang watak major dalam plot kehidupan . saya umpama lelaki yang sedang berjalan lalu lalang di belakang lelaki watak utama yang sedang berkata-kata dengan gadis yang juga watak utama .

mereka mengolah skrip yang spontan , dan saya cuma pendokong bagi babak itu . tidak lebih hanya seorang lelaki yang wujud berjalan kaki untuk menampakkan sebuah kota yang berpenghuni . begitulah , lelaki yang memegang watak minor . mungkin lebih kecil lagi daripada watak minor . watak yang tiada gaji . cuma hiasan semata . tidak lebih daripada itu dan mungkin kurang lagi daripada itu .

daripada lensa kamera , saya cuma sepuluh peratus atau kurang melekat di paparan gambar . jika terlebih pun peratusannya , itupun hanya tidak sengaja . mungkin itupun saya cuma lintasan bentuk cahaya yang boleh kelihatan di alam benar .

dalam sebuah teater klasik , saya ini umpama lampu yang malap , menerangi sedikit babak suram . cahaya yang tumpah itu hanya sedikit sahaja , tidaklah menarik dan tidaklah juga membosankan .

saya ini halimunan di tengah-tengah masyarakat yang legap . saya mampu berdiri . berjalan . duduk . baring . makan . minum . saya ini manusia yang tiada mahu dilihat . saya karya hebat tuhan tetapi jiwa halimunan itu ada lekat di dalam saya . saya cuma lelaki yang berlakon watak minor . watak kecil . watak yang menambahkan seri watak utama .

memberi pencerahan dan penonjolan kepada pemain major . saya cuma warna yang ada pada serpihan-serpihan batu-bata di dinding . bukanlah kulat hijau yang meratai permukaan itu . cuma warna gemilang yang mendokong utuhnya batu-bata itu bertegak .

 dan lelaki ini akan memerhati secara diam . mendokong mu tanpa diketahui manusia lain . menjadi tulang belakang mu , menjadikan mu yang terbaik dalam kalangan terbaik . terbaik dunia dan akhirat .

saya bayang-bayang yang sentiasa menanti manusia berdoa kepada saya . doa itu percuma .



saya cuma pelakon sokongan , persis bayang-bayang gelap tetapi bayang-bayang akan jadi lebih gelap apabila cahaya itu lebih terang dan ia akan buatkan cahaya putih itu lebih menonjol gemilang . dan sebagai bayang-bayang pelakon utama , saya akan kuatkan cahaya putihmu , menjadi yang terbaik di mata tuhan .

17 comments:

shafizah said...

you should be the main actor, this is your life. and be the minor actor at others life.=)

L.I said...

hehe yup3.....that's what i really meant about this post

chisana hito said...

-.-"

chisana hito said...

cant understand it fully -.-"

L.I said...

well , try again kih3

d-na said...

syafiq , L.I tu akronim untuk Lelaki Ini kan ? kan kan ? ^^"

Zubaidah said...

bagi aku la, dlm hidup kita, mesti kitalah jadi pelakon utama, nama plak idup kita kan. tapi, sometimes situastion doesn't look at it that way

L.I said...

nadia : hampir betul ^_^

L.I said...

zubect : agree with u ^_^

Unknown said...

follow me too ..http://gadisgilakonline.blogspot.com/

Syeikha Zulaikha said...

ya ktelah sebenarnya watak utama.tp mrk dn mrk yg btndk meminorkan watak kte.mrk menyebabkn kte terasa tdk brd dtmpt yg betul mnjdkn kte seperti garis chy yg sesaat.tak mgapalah biarlh kte minor dmata mrk didunia ini aslkn kta mdpt gelaran superstar diakhirat sn.biar kte bersinar di mata pengarah alam

L.I said...

syeikha : woh , nice3 . insyaAllah . may Allah bless

Syeikha Zulaikha said...

insyaAllah...:-)

FEDO said...

Serupa diriku bayang bayangmu.He2

L.I said...

haha....sama tapi tak serupa

FEDO said...

Sekecil kecil bayang, ia tetap bayang bayang.He2

L.I said...

yup2 ^_^