09 April 2012

Memori al-Ma'thurat .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


saat pertama kali kenal ini , saya hanya diam membisu . entah tahu atau tidak tahu adalah persoalan yang nyata . cuba untuk ingat tetapi memori tentang ini seperti belum lagi wujud dalam kotak ingatan . ya , benarlah tak pernah tahu .

saya kenal Imam Hassan al-Banna ketika saya masih menuntut dalam tingkatan empat di sekolah berasrama . sejak daripada itu , saya tahu membaca al-ma'thurat . jika tidak berhijrah ke tempat yang baru , alamatnya sehingga sekarang gerakan ikhwanul muslimin di mesir pun saya tidak tahu =_=" .

himpunan zikir dan doa nabi Muhammad SAW pagi dan petang .



alhamdulillah .

apa yang mahu saya khabarkan ialah tentang detik pertama kali mengenal al-ma'thurat . tahun pertama , saya cuma mengajuk bibir-bibir senior yang sebaya dengan saya di kala waktu selepas solat asar berjemaah di surau sekolah . entah tak tahulah mengajuk dengan bahasa jampi serapah apa entah saya ucapkan =_=" . semoga dosa silam itu tidak dikira oleh Allah atas kesilapan saya yang jahil tika itu .

dan akhirnya , perlahan-lahan saya melancarkan bacaan al-ma'thurat dengan bantuan kertas yang di 'laminate' yang sedia ada tertulis ayat al-ma'thurat di surau . selain daripada itu , bacaan al-ma'thurat juga adalah aktiviti rutin yang diaplikasikan dalam suasana ad-din sekolah ini . jadi , tidaklah susah untuk melancarkan bacaan ini dalam masa yang terdekat .

ada pelajar-pelajar lain yang menjadikannya zikir harian mereka di kala singgah di surau . usai sahaja solat sunat dan membaca al-quran , mereka membacanya dengan perlahan di sudut dan di sebelah bahagian tepi surau untuk mengelakkan gangguan kepada pelajar lain yang sedang sibuk beribadat .

baca tafsir bahasa melayu al-ma'thurat sekali , baru ada rasa 'feel' .



tidak kiralah selesai solat berjemaah di surau pada setiap waktu , ada yang memegang kertas 'laminate' itu , duduk di bahagian tepi surau . yang wajibnya adalah pada waktu asar , selesai solat berjemaah sahaja , imam akan membaca al-ma'thurat sambil diikuti oleh ma'mum di belakang . namun , waktu itu juga yang menjadi ruang kepada akal untuk bertindak daripada luar konsentrasi kepada bacaan al-ma'thurat .

al maklumlah , selesai solat berjemaah asar adalah waktu riadhah dan waktu riadhah sangatlah singkat . ada juga yang hadir dan tidak kurang juga yang tidak hadir . tapi , tidaklah mahu menjadikan bacaan itu hukumnya wajib cuma bagi diri saya yang baru mengenali al-mathurat dalam usia setahun lebih ketika itu , sangatlah rugi jika tidak membacanya . sekurang-kurang sekali dalam sehari pun jadilah ^_^

"Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" 

Surah al-Fathu : 4

dua kali sehari baca , tak habis banyak masa pun . doa-doa dalam al-ma'thurat semua mantap belaka



dalam al-ma'thurat , saya juga kenal doa rabitah . pertama kali dengar usai solat berjemaah maghrib . siap sahaja pelajar lain solat sunat rawatib , biro dakwah dan rohani akan menutup lampu utama dan membiarkan lampu yang memancar warna samar kekuningan . jeng jeng jeng .

ingatkan biro dakwah dan rohani nak mencuci otak kami , al maklumlah jika selalu hadir ke program motivasi , ada sahaja aktiviti yang menggelapkan suasana untuk beri kami perasaan yang berbagai . selalunya , pengakhiran program itu , kami akan menangis sehingga hingus pun tidak malu-malu turun membasahi misai . =_="

sangkaan itu meleset sama sekali , zikrullah dialunkan dengan pelbagai jenis . asmaul husna , i'tiraf , tasbih , tahmid , takbir , istighfar dan lagi satu iaitu doa rabitah . tika itu saya tidak tahu nyanyian nasyid apa yang mereka alunkan . siap buat harmoni lagi ketika itu . tersenyum sahaja pelajar-pelajar baru tika itu yang masih tidak mengerti dunia mana mereka sedang duduk . indah sahaja melihat mereka gembira dan senyum selalu tika mengalunkan nasyid ini .

tika itu masih tidak tahu yang doa rabitah itu adalah salah satu komponen al-ma'thurat kerna nasyid yang mereka alunkan itu adalah tafsiran bahasa melayu sahaja . sehinggalah tahun kedua , tergerak hati untuk baca tafsir al-ma'thurat . oh . doa rabitah merupakan perenggan terakhir dalam al-ma'thurat . alahai , perlahannya saya =_=" .

buku al-ma'thurat selalunya bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja .



masih ingat lagi tika mahu membaca al-ma'thurat , ada teman yang memberi butir bicara . katanya , bila sampai bahagian doa rabitah itu , bayangkan dalam hati ini , wajah-wajah rakan yang ada dalam hidup kita . di kala rindu membisik , ada juga yang yang menjadi penawar rindu kepada teman-teman . dan itulah Allah yang memberi segala ubat , menawarkan rasa kesembuhan dalam merawat hati yang selalu rindu .

habis sahaja satu bab pertemuan dan akhirnya perpisahan dalam novel kehidupan saya , ada yang ringan tangan memberi saya sebuah buku al-ma'thurat . dan kini saya ada dua buah buku al-ma'thurat hasil daripada pemberian teman-teman yang saya pernah jumpa . yakni sudah ada dua perpisahan dalam hidup saya .

fahamlah saya sudah mula membesar dengan laju . membesar bersama generasi saya yang tidak lupa mengajar saya perkara-perkara yang saya tidak faham selalu . perkara-perkara yang membuat saya berfikir seperti manusia yang matang , menggapai kerusi khalifah . dan menjadi lelaki dewasa itu , luaran yang utuh hanya boleh didokong oleh dalaman yang kuat .

dan dua hal yang saya belajar melalui pengalaman ini adalah pentingnya mengingati pencipta agung yang selalu memberi nikmat untuk saya dahulu yang tidak kenal Imam Hassan al-Banna dan tidak lupa pula satu hal yang sangat penting selepas nikmat Islam dan nikmat Iman , iaitu nikmat ukhuwah fillah .

insyaAllah , jika selalu baca al-ma'thurat dan maknanya sekali , entah kenapa macam ada rasa gembira yang banyak . ini serius . ^_^



semoga hati ini sentiasa dilihat oleh pandangan kasih sayang Mu , ar-Rahman .

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 

surah ar-Ra'd :28

p/s : oh tak dapat jumpa pula nasyid doa rabitah yang kami selalu nyanyi lepas solat jemaah maghrib =_=" . tak mengapalah , boleh juga lihat video di bawah ini untuk memudahkan penghafalan . May Allah bless .

12 comments:

Zubaidah said...

semua ayat-ayat tu mmg indah kalau kita baca dan faham....

aku ada buku al mathurat, tp langsung x pernah baca

insyaAllah, aku akan mula baca buku tu.... moga2 Allah buka pintu hati aku untuk menjadi yang lebih baik

L.I said...

niat yang baik , Allah selalu permudahkan dan tinggal kita sahaja untuk berusaha ke arah itu . insyaAllah , ada jalannya .

may Allah bless .

roji said...

assalamualaikum ^_^
sgt suka post ni..
sdg usaha istiqamah dgn ma'thurat..moga Allah mudahkan

L.I said...

waalaikumussalam....
insyaAllah , semoga Allah sentiasa memberi mudah~

Anonymous said...

nmpknya kte serupa.sy pun mula knl almathurat sms ditktn 4
rindu saat alunan almathurat beramai2.tka subuh n sblm tidur

L.I said...

owh...ni mesti sekolah asrama ni?

Anonymous said...

yes.dlu sy xdela bpe nk islamik tp asrama teach me that.

L.I said...

ye samalah kita . saya pun sedang belajar merangkak-rangkak lagi .

Anonymous said...

haha.xpe la merangkak pun Allah thu niat kte.insyAllah:-)

L.I said...

tiba2 rasa ada mcm org bagi nasihat plak...thnx yo for the good words here

Anonymous said...

tak perlu berterima ksih pd sy tp berterima kasih pd Allah sbb bg ilham tu pd sy:-)

L.I said...

alhamdulillah....terima kasih ats peringatan itu sekali lagi ^_^