25 April 2013

Aku tak takut kucing


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




aku tak takut kucing .


namun , aku ada sedikit takut dengan kuku kucing . aku juga akan takut apabila dia melompat , menerkam dan menggigit aku .


tapi , kucing selalu takut dengan aku . kecuali , kucing putih yang aku bela waktu aku masih di sekolah rendah di rumah arwah nenek belah ummi .


mungkin benarlah , kawan aku pernah beritahu berkenaan orang yang fobia terhadap kucing . kucing menjadi lebih mesra alam dengan mereka . =_="




Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini., seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
          Sumber : facebook


dan , berbalik kepada dunia yang sebenar . kehidupan sebagai seorang lelaki yang pemalu + pendiam .

aku takut dengan perempuan perempuan cantik + kaya + pandai + aktif bersukan .

oh tuhan , kenapa ? =_="

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” 

(An-Nur: 30)



3 comments:

Anonymous said...

semoga incik introvert tak takut kucing dan tetap sabar menghadapi ujian berliku. :)

ps: kucing siam comel.. :D

Unknown said...

Cat is cute.No fear la buddy. hee.

Anonymous said...

Kalau orang yg suka kucing tapi tak reti pegang tu camne plak?ada nama spesifik tak?hahaha~

Ps:klu jalan2 awal2 sediakan wetfood/catcracker nnt bila2 terjumpa bleh bg mrk.ala2 sedeqah.rasa seronok dan mcm hero penyelamat haiwan.