24 April 2013

Kek yang manis

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani





tika waktu itu mula datang .
naluri fitrah itu berlalu , menghembus ke hati
berkepak ke langit
semata-mata untuk ke jannahNya

ya , sampai saat itulah . untuk hidup berteman .

romantisme menusuk telinga . bagai percikan api kecil yang sesat , terjatuh di dalam hati . hati yang penuh dengan mercun . dek penangan api kecil yang tidak segan segan itu melintas , sumbu mercun dinyalakan . pantas dan ligat . berasapnya bukan nipis tetapi putih menebal dek kerana beribu sumbu mercun dinyalakan . dan saat sumbu itu mula pendek dibaham api , bunyi letupan mula bergempita ke angkasa . letusan cahaya meriah di langit yang sudah tidak kelam . pesta bunga api di atmosfera hati .

bergetarlah jantung kerna henjutan adrenalin yang terkejut dengan bunyi gempita itu .

asap yang mula menebal di atmosfera hati itu , membawa haba yang berjuta . membengkakkan arteri . memberi pecutan kepada sel sel darah merah yang malu malu . memberi rona merah di pipi .

mata berpinar pinar dek tidak tertahan asap yang penuh isi dan bunyi gempita . pening dengan henjutan emosi yang mendadak .

melayanglah jasad itu . terhuyung hayang . tidak tertahan . sayap ini tidak tertahan berlalu terbang tinggi . seakan-akan menghampiri syurga yang tidak pasti pada pandangan mata yang berpinar pinar .

cinta .

sayang .

aku takut .

tuhan . 

*********************************


couple .

cinta tanpa manis bukanlah cinta namanya . jika manis bagi sepotong kek itu berasal daripada gula . bagaimana pula manis daripada cinta ? sumber manis bagi cinta itu berasal daripada mana ?

iman . nafsu .

dua sumber yang memberi sensasi manis yang sama . tetapi , menyumbang kesan yang berbeza kepada hati . jika anda seorang pakar nutrisi , aspartame dan sukrosa memberi rasa manis yang sama tetapi kesan kepada kesihatan bagi seseorang individu ialah berbeza . sukrosa yang berlebihan bisa memberi penyakit kencing manis manakala aspartame digunakan untuk merawat si pesakit kencing manis .

untuk mencintai seorang insan itu ialah fitrah .
tuhan tak pernah marah .

tetapi .

kau perlu tahu yang cinta yang kau mahu bikinkan itu perlukan kandungan iman dan nafsu yang mengikut kadar yang telah ditetapkan tuhan .

untuk menyiapkan sebuah kek yang sedap , kau bukan hanya perlukan gula sahaja . tepung . minyak . telur . garam . pewarna . semuanya cukup ikut komposisi yang betul . betul mengikut syariat . yang telah ditetapkan tuhan .



dan cara cara pembuatannya bukan mengikut piawaian kita sendiri , tetapi sudah diterangkan dalam al Quran dan as sunnah . bagi memastikan kek itu tembam dan lembut fizikalnya . lazat berkrim intinya .

siapkanlah diri kau sebagai pembakar kek yang terbaik . mengikut apa yang diajar kepada nabi kita .

jadilah pakar nutrisi yang hebat supaya kek tidak hanya meriah dengan komposisi gula yang berlebihan . dan jangan pula kau baham cinta itu dengan rakusnya sampai lima puluh potong kek . kelak kau akan muak . dan mula berpenyakit . gula dalam darah kau akan meningkat .

dan tompok hitam itu juga akan bertambah .

semoga selamat tiba di jannahNya .

doakan aku . doakan aku tak kena diabetes . semoga Allah sayang . 





3 comments:

amii afandi said...

hahaha, satu je aku nak cakap. entri kau ni buat aku rasa nak makan kek.

L.I said...

jangan banyak sangat makan kek . nanti gigi berlubang

bonafidie said...

nice.entry;)