28 August 2014

Tutor peribadi.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

aku kerja.

jadi personal tutor untuk seorang budak yang nak dekat SPM.

budak lelaki lah.
kalau budak perempuan, memang aku tolak. sebab aku kan pemalu.

tapi dengan budak lelaki ini pun aku malu juga.
badan macam pemain ragbi.
tegap.
lengan dia tiga kali ganda besar daripada lengan aku.
tinggi, jangan cerita. 

lepas beberapa sesi. aku dapat tahu yang matematik dan subjek membaca yang lain, memang dia tak boleh ikut. aku tanya kenapa dia tak boleh.

sebab dia kata, dia tak pandai. 
aku kata, dalam dunia ini ada orang rajin dan orang malas sahaja. aku ulang nasihat cikgu aku, bila ada kawan sekelas aku kata dia tak pandai.

dia geleng. dia memang tak boleh ikut.
aku tanya, dia nak jadi apa.

dia nak jadi tukang masak.
aku suruh dia masuk kulinari. 

dia angguk. 

lepas itu, terus dia berhenti ambil aku jadi tutor dia.

aku harap aku jadi channel kebahagiaan dia. 
aku haraplah.

manalah tahu, satu hari nanti nama aku ada dalam buku dia.
aku harap harap juga.

manusia hidup penuh dengan harapan.

 

1 comment:

Sya said...

Ada tips tak utk chemistry? Saya mmg betul betul betulll buntu. Dah ada 3 orang cikgu yang mengajar pun saya masih x dpt kuasai. Jkk