05 August 2016

Epal.



" Apa nama bilik ini?"

" Ini bilik cerita yang dinamakan bilik buah buahan,"

Min angguk perlahan.

Kenapa namanya buah buahan, pertanyaan itu hanya disimpan dalam hati. Pintu kayu ditolak dan terbuka. Terbentang gelanggang rata sebesar padang tenis dikelilingi pelbagai jenis buah buahan yang bersaiz besar daripada saiz yang asal.

" Sin letak cerita Min dalam buah epal," kata lelaki gagah yang memegang pena yang dua kali ganda besar saiznya. " Cuba lihat apa yang ada di dalamnya,"

Epal yang masak ranum dan berwarna merah itu kelihatan semakin lutsinar dan samar samar, membentuk imej ingatan bercantum cantum menjadi memori Min. Cerita Min kepada Sin berbelas tahun dahulu.

" Epal buah terlarang, dimakan jatuh bersama hina tetapi kemudian menjadi mulia apabila bangun semula, " kata lelaki itu.

Min yang daripada tadi diam, masih lagi khusyuk melihat putaran cerita daripada awal hingga akhir. Memori Sin kepada Min. Mencurah curah. Cerita Min banyak duka lebih daripada ketawa. Sin lah tempat dia mendengar. Dan melepas rasa walaupun Sin bukanlah orang yang pertama mendengarnya, tapi Sin tetap setia dan sudi menulis ceritanya. Dia sangat patuh kepada tugasnya selaku penulis ensiklopedia yang merekodkan cerita makhluk tanah. Walaupun berlainan asal jasad, Sin akan tetap setia berdamping dengan Min sepanjang pengembaraannya mencari ketawa. Namun, hakikatnya sepanjangan kembara, kisah duka lebih banyak terpahat dan tertulis di setiap lembaran kertas yang selalu dibawa Sin.

Perjalanan mencari batu hitam yang dipercayai mempunyai mukjizat mencapai awan itu tetap dijadikan motivasi buat Min supaya tak menolak segala mehnah yang melanda. Min reda sebagai pelarian daripada bangsanya yang sering tertindas dengan bangsa yang lebih superior. Lebih gagah perkasa dan bijaksana. Min kuatkan juga badannya yang bukan dibina untuk menjadi pahlawan, mencari batu hitam yang asalnya daripada salah batu kerikirl dalam sungai 'syurga'. Batu itu yang akan membela bangsanya, mengalahkan puak puak nomad yang selalu berbunuh bunuhan.

Min terhenti. Matanya berkaca. Tujuh belas tahun berakhir sudah. Kita menjumpai apa yang aku mahu jumpa. Aku mula terbang. Mengapung diri sehingga aku gayat. Gayat dengan kuasa yang tinggi sehingga aku lupa warna tanah. Sehingga aku potong tangan kau. Kedua dua belah tangan yang kau guna untuk tulis histori bersama aku. Setiap makhluk yang sukakan sejarah seperti kau, hanyalah makan memori memori pengembara. Aku pernah jamahkan kau gandum tapi kau menolak. Kau meronta dan pinta aku cerita lama aku. Dan kau begitu khusyuk sekali. Mata kau menyenangkan. Ekormu menjadi tenang tidak agresif sebagaimana kau lari daripada iblis yang punya batu itu.

Aku ambil hak kau sebagai penulis memori. Aku tetap degil dengan keputusan aku. Aku tak boleh bawa kau pergi lebih jauh. Aku tak nak kau tulis sejarah yang aku telah hapuskan semua puak puak nomad yang menzalimi bangsa ku. Aku tak mahu kau jadi jahat ssperti aku sebagaimana kau memang dilahirkan tidak membuat pilihan menjadi ingkar.

Namun, kau menghantarkan ku dengan pandangan yang sama, pandangan khusyuk mendengar cerita aku, di saat aku mengkudungkan tugasmu. Pena kau, aku patah patahkan untuk buat kau kecewa dan menambah luka yang dalam. Pandangan kau. Pandangan kau tetap redup. Sin menyambung penannya dengan mulut yang bergerigi tajam, menulis sesuatu di atas kertas putih yang selalu dia bawa di belakangnya. Mengerakkan strok tulisan perlahan perlahan sambil aku terbang melihatnya jauh samar samar.

Dan, aku di sini. Melihat buah epal besar saiznya yang tak pernah kau merasa sebab kau bukan makhluk yang makan sama hidangan dengan kami. Buah terlarang yang kau anggap sumpah jangan mendekatniya. Memori itu berhenti pada tulisan tulisannya yang terakhir. Tulisan tulisan yang aku tak pernah sempat lihat dek kerana rakusnya dendam aku melebihi apa yang kita lalu bersama. Tulisan tulisan yang menceritakan kau. Langsung aku tak pernah mendengar cerita kau, Sin.

Tulisan itu ringkas dan samar kerna ditulis dengan mulutnya yang besar dan bergerigi halus. Tiga baris kau tulis. Aku hanya sempat mendengar cerita kau daripada cukup hanya tiga baris. Sedangkan kau mendengarkan aku, berjuta juta baris.

Rintik pulang
Awan terbang
Min hilang

Sepanjang Sin bersama ku, dia kerap terkena  hujan dan dia sukakannya. Tenang. Dia buat air hujan yang bercampur serbuk yang dia bawa daripada bukit buat dakwat tinta.
Aku bercerita berkenaan awan betapa cemburunya aku dengan awan yang bebas. Pabila dapat ku gapai awan, jadi saktilah bangsa tanah yang sentiasa merata ke bawah.
Kakiku yang kudung tak mampu bergerak, menyukarkan aku dalam pencarian. Tapi, yang banyak menarik aku ke sana ke sini dengan giginya adalah makhluk yang sebenarnya lebih erti rasa sukar. Pergerakan terhad.

" Walaupun kaki Min hilang, mobilitinya tidak sedikit terjejas walaupun sekali. Sin hanya nampak terjejas mobilitinya saat Min berangkat kaki pergi jauh daripadanya," terang lelaki itu.

" Moga moga, keputusan Min adalah satu keputusan yang direstui baiknya," katanya lagi.

Angguk.
Aku mengatur langkah. Mengeluarkan belati. Mengorek isi epal untuk menjadi pintu masuk dan laluan, muat untuk aku. Menjadi ruang seperti keranda. Kulit dan isi epal yang terkoyak, tercantum semula membentuk kapsul menutup badan.

" Inilah satu hukuman yang wajar buat aku. Untuk aku yang telah memakan buah terlarang. Dimakan jatuh bersama hina,"

Aku jatuh.
Akan menjadi pengembara yang melangkah ke dimensi yang lain untuk melarang pengembara lain makan buah yang sama.

Malam, malam.





3 comments:

Anonymous said...

Semoga min terhindar daripada godaan sin

L.I said...

tak baca habis ni aduhai

Anonymous said...

Terlalu tinggi imaginasi untuk paham