19 July 2011

Seni warna-warni kebaikan....

salam kembali...

hari ini dengan penuh kesyukuran aku menadah tangan berterima kasih atas segala kurniaan nikmatNya yang aku terima hingga kini . Tidak putus-putus rezeki datang menjengah walaupun adakalanya ada nikmat yang terlalu aku dambakan dalam hidup terlepas di tapak tangan orang lain . tak perlu digusarkan dengan tuhan , dia lebih mengetahui apa yang baik untuk makhlukNya...


suata hari tuhan telah mencipta satu situasi yang janggal di dalam komuter pelabuhan klang dengan berkat tiket yang aku beli menuju ke shah alam di mana tempat tinggal ibubapa aku . kepulangan aku daripada sabak bernam yakni daripada sekolah menengah aku menuju ke kampung halaman , shah alam ( bunyi macam pelik sepatutnya sabak bernam adalah kampung manakala shah alam adalah bandar =_=" )





seperti para musafir yang lain , aku berniat jamak qasar untuk dipermudahkan ibadat solat dalam perjalanan . aku bertekad melaksanakannya pada waktu asar kerna aku fikir cukup masa untuk aku menunaikannya di rumah .


pada mulanya aku mengambil bas daripada sekolah hingga ke stesen komuter sungai buloh lalu membeli tiket dan seterusnya mengambil komuter seremban . sebaik tiba di stesen pertukaran yakni stesen putra , aku melekatkan tulang belakang ku ke tempat duduk . dalam minda ku terdapat pilihan yakni antara dua stesen pertukaran iaitu putra dan kl sentral , tetapi almaklumlah kl sentral merupakan pusat manusia . tidak sanggup berasak-asak untuk masuk ke dalam komuter .






ditakdirkan aku satu situasi yang janggal , seperti yang aku nyatakan di atas , aku selesa duduk di atas kerusi yang empuk tetapi saatnya tiba di stesen kl sentral , manusia mula berhimpit-himpit mula membentuk tin sardin tiruan . kakiku dipijak-pijak oleh manusia yang tanpa rela buta matanya . setelah tamat pengetinan , tin sardin tiruan meluncur laju meninggalkan pusat manusia .


tiba-tiba , cas negatif mula menerpa ke wayar gegendang telinga ku . aku fikir bilangan cas-cas negatif itu tidak terperi banyaknya sehingga mengetus perasaan yang menjengkelkan dalam hati . bukan itu sahaja ,kandungan cas-cas negatif itu pula diselit dengan sinaran laser inframerah tepat ke mata aku . mata ku pedih melawan sambil berpura-pura mencipta perisai .


' orang muda lagi , badan sasa , tak reti-reti nak bagi orang lain duduk ke ?! itu ada mak cik yang kendong anaknya yang menangis...tak ada hati dan perasaan ke nak bagi kesenangan kat dia !! '


aku pantas meninggalkan pangkuan empuk ku sambil meraba-raba beg zat besi aku keluar daripada arena janggal . dalam situasi tin sardin itu , aku segera memberi tempat duduk ku kepada wanita yang mengendong anaknya yang sedang merengek . aku berdiri di sebelah warga india yang tersenyum kepada ku. ntah kenapa aku fikir senyuman itu sebagai lambang anugerah kepujian atas tindakan ku sebentar tadi .


dan yang buat aku rasa dihargai , cas-cas negatif yang berkumpul di dalam tin sardin itu telah dineutralkan dengan cas-cas positif wanita bersama anaknya ; ucapan terima kasih :p

situasi yang telah jernih tersebut telah mengajar aku erti keindahan dalam seni warna-warni kebaikan . aku dapat melihat pelbagai warna-warni dalam tin sardin tersebut. mataku berupaya menangkap warna abstrak yang merangkak setiap pelosok tin sardin itu . aku melihat ......

  • putih awan ; nikmat keselesaan melabuhkan tempat duduk
  • awan mendung , seolah-olah warna kelabu hitam ; nikmat dimarahi orang yang penyayang 
  • biru laut yang ada sedikit alga ; nikmat menerima senyuman daripada makhluk yang sama
  • merah jambu keputihan ; nikmat mendengar orang bersyukur kepada tuhan





segalanya adalah nikmat yang kita tak pernah terfikir dek akal fikiran kerna kita hanya makhluk yang lemah dan mampu berserah kepada tuhan yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu . mungkin juga kita selalu berputus asa yang mengatakan tuhan tidak menurunkan sesuatu apa pun tetapi di sini ingin aku buktikan....


 ~ Tuhan telah berjaya menyangkal pernyataan kamu sekali lagi.... ~


semoga hidup kita terus dicucuri nikmat kurniaanNya dan diredhai setiap perjalanan ke kampung halaman...insyaALLAH

p/s : rindu nak naik komuter sekali lagi....tee hee

9 comments:

Zubaidah said...

rahmat selalu ada kalau kita sbr,oit!uitm mane????

L.I said...

uitm puncak alam heee....ko??

FADZ said...

hehe..cantik bahasa..cam karangan exam..=D..well, im polo u !!

L.I said...

bahasa itu indah jika kita amalkan aturannya...ini serius

CXopportunities said...

student UiTM? jom join my segmen for UiTM's student here.
segmen cx's :geng UiTM by campus

Zubaidah said...

kawan aku rmai dpt kat situ,aku kat machang je.....takleh lwn ko punyer:(....kos?

L.I said...

c'x : wah segmen pe ke bende ni?
zubect : hehehe.....aku asasi sains...ko amek apa??

Zubaidah said...

sains ape?kenal x budak nama erra izzatur?dye pown ambik asasi sains jugak...dye pakai spek kaler putih....
aku ambik info mngement je

L.I said...

errrr.....x kenal la plak...kat sini ade dekat 1000 ++ ...mmg sukar utk berjumpa...lagi2 pompuan...=_="