11 August 2012

Gadis berniqab

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





ada satu hari , mungkin beberapa bulan yang lepas . saya pergi ke pesta buku di negeri saya diami . pesta buku itu betul-betul berdekatan dengan kawasan rumah , maka ia akan menjadi satu jenayah kecil jika tidak mahu berkunjung ke sana sama ada mahu membeli buku atau sekadar bercuci mata melihat halaman depan buku .


saya membawa wang sekadar yang cukup untuk beli tiga buah buku . selalunya , saya akan merancang . menulis senarai buku yang mahu saya beli bagi mengelakkan pembaziran , tetapi tidak pada hari itu . saya spontan keluar ke pesta buku tersebut . dan ada beberapa buku yang berjaya menarik mata saya untuk menghulurkan tangan saya , membelek beberapa muka surat untuk memastikan buku itu enak dibaca .


tika sedang memerhati beberapa lagi buku yang enak , saya bertentang mata dengan si gadis yang berniqab . ia buat sendi kaki saya pegun mengejut . statik . tapak selipar merah hangat melekat di jalan tar . masa berputar kelihatan lama , dan tanpa saya sedari mata saya sudah pun bertembung dengan tangan saya mengeletar yang ketika itu sedang menyelak beberapa halaman sebuah majalah .

dia memakai warna kehitaman yang sedikit kontra dengan warna kulit cerahnya . matanya dibiar jelas di buat tontonan awam ( tentulah , dia berniqab ) . pakaiannya labuh tetapi dapat dianggarkan saiz badannya tidak menampakkan tidak terlalu berisi . dapat diagak usianya seakan sebaya-baya dengan pelajar matrikulasi . ya , masih muda . ( jangan tanya saya bagaimana mata ini boleh deskripsi yang kemas tentangnya =_=")


saya mengintai-intai di balik majalah yang besar saiznya dan sedikit tebal . ( berat juga ) dia seakan-akannya tidak memberi respons seperti saya yang tersipu-sipu . dia menyelak beberapa buah novel dan menunjukkan wajahnya yang teliti seolah-olah sedang memberi tumpuan yang penuh terhadap pembacaannya . wow , saya tak tahu nak cakap bagaimana mahu beri deskripsi berkenaan atmosfera pada ketika itu . ia buatkan saya berdebar-debar . saya ingat peluh mengalir laju tapi bukan terkesan daripada cahaya mentari petang . yang pasti saya tersipu-sipu melihatnya melalui ekor mata . sesungguhnya , mata saya sangat letih dek kerana tidak mengamalkan fungsi penglihatan yang sebenar-benarnya . oh .





saya tak tahu apa yang menariknya . dia si gadis yang menutup sebahagian wajahnya . maka , saya tidak dapat katakan wajahnya itu memikat hati dan membuatkan saya berlari dengan kencang bersama muka malu-malu . dia ada menimbulkan rasa yang buatkan saya tersipu-sipu melihatnya . gadis itu ada tarikan tapi jelas tarikan itu bukan ada pada wajahnya . ( matanya buatkan saya berpinar-pinar =_=")


saya masih mencari apa yang menarik berkenaan si gadis ini yang membuatkan jantung saya berdegup kencang dan berpeluh lebat . tubuh badannya ditutup labuh dan kemas . pakaiannya tidak menarik perhatian sepertimana pengunjung-pengunjung lain . saya masih tak tahu . apa yang saya tahu , dia menutup anggota badannya dengan sempurna . ( maka , tiada persembahan 'cuci mata' secara percuma )

dia masih lagi khusyuk membaca . sifatnya jauh sekali untuk saya tahu kerna dia orang asing yang tidak pernah wujud dalam kehidupan saya lebih dalam sehari . jadi , saya menggambarkan dia seorang yang sopan santun , pemalu dan lemah lembut . mata ini memang kadang-kadang silap juga memberi tanggapan pertama , tetapi saya senang hati dengan tanggapan begitu . hati ini begitu berbunga-bunga walaupun dada sudah mahu meletup .

namun , apa yang kita ramalkan selalunya perkara yang berbunga-bunga pasti akan terkubur . akal saya yang menari-nari dengan rentak riang , berkecamuk dengan derita . hati ini berkecai . dada ditekan-tekan kuat sehingga sukar bernafas . tetapi wajah ini berjaya dikekang daripada memberi reaksi supaya tidak sejajar dengan penangan sistem biologi tika itu .

' bang , bang ' panggilnya kepada seorang lelaki yang tinggi . jelas sekali nada itu bukan khusus untuk panggilan si adik kepada abang . ya , suara itu buat hati ini yang sebentar tadi berimaginasi terbang ke langit , jatuh semula menghempap ke bumi . kepala pula yang jatuh dahulu . sakitnya .

dia merangkul tangan besar dan panjang milik lelaki tinggi . ( sambil tengok tangan sendiri ketika ini ) berlalu pergi sambil memegang novelnya yang sebentar tadi dibaca dengan khusyuk .

kaki ini tidak melekat sebaliknya malu-malu meninggalkan arena 'perasan' seorang lelaki . ya , di saat kita mula bermimpi tinggi-tinggi , sakitnya jatuh ke lantai perhimpunan sekolah agak pedih juga .




ada orang kata menyukai seseorang insan itu tidak terhad pada wajah yang jelita dan tubuh badan yang cantik . menyukai seseorang perempuan itu sebahagian daripada misteri yang tidak dapat dipastikan . ada masanya kita terlalu kagum , dan ia akan berlalu pergi dengan perasaan jemu .

tarikan yang ada pada gadis berniqab bukanlah terletak pada kecantikan matanya yang tergantung di celah kain yang melitupi labuh tubuhnya . tapi , ia menggiurkan bagi pemuda yang mahukan kehidupan yang tenang di peringkat yang seterusnya ; nikah .

apa yang menariknya ? dia patuh kepada syariat . dia taat dalam beragama . dia menonjolkan sisi yang lembut daripada segi pandangan seorang lelaki . dan yang pasti dia memakai pakaian perempuan yang baik .

siapa tak nak jadi lelaki baik bukan , jika sudah nampak perempuan yang baik ?

p/s : sesungguhnya saya rasa letih bila jumpa gadis-gadis berniqab . kena lari lebih laju selepas ini =_=" .

13 comments:

NHS^___^ said...

klo sya pon terpegun tgk wanita2 berniqob/purdah ni... mcm mne tu?? Sesungguhnya, ciptaan Allah sangat indah...
*wanita hiasan dunia*

L.I said...

'kecantikan' di luar kotak . tak boleh nak bayangkan . aneh . =_="

amii afandi said...

hahaha, aku dah faham kenapa kau tanya soalan kat aku tentang niqab. kekeke, ada kisah disebaliknya ya ^^

L.I said...

ermm ya . dan ianya masih buatkan aku rasa penat bila memikirkannya . erk sudahlah .

Anonymous said...

perasaan kita hampir sama..aku bila jumpa dgn lelaki walaupun kawan sekelas..rasa macam nervous..tak dapat dikawal..suara tak boleh keluar..rasa macam tak berani nak face-to-face dgn mereka kn?nak bertegur lagi laa..

L.I said...

hak3 tapi saya dah mendaki tahap yang lebih sedikit . ^_^

Anonymous said...

hahaha..ya saya setuju,malu itu perisai orang beriman. :)

L.I said...

sudah tentu ^_^

Iera Hanna said...

faham perasaan anda. sedangkan muslimah juga turut terpegun melihat seorang niqabi, apatah lagi para ikhwan :)

L.I said...

*terus pengsan

AhmaD MuizZ said...

herher...sori sudah berpunya~~

xpe syafiq...klu ad jodoh dpt la kte bistrikan muslimah berniqab...
klu x dpt pun soh la dy pakai~~ =P

L.I said...

hurm aku tak kisah asalkan tutup aurat dengan sempurna * muka nakal

*نور اقليما (cikgu ima)* said...

Alhamdulillah... doakan smoga para niqobis istiqamah dlm mnegakkan pmakaian para ummahatul mukminin ye.. Moga Allah mgurniakan awk seorang isteri berniqab.. insyaAllah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...