04 August 2012

Suatu hari nanti

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani







satu hari nanti , berharap ada sebuah kota yang tidak punya minat dalam menggali duit . mata wang mungkin tidak akan dipandang . kekayaan cuma biasa-biasa kerna ia bukan matlamat untuk dijadikan perlumbaan . emas bukan untuk dibuat tontonan dan kertas bermuka gabenor itu akan hilang serinya . dan pada masa itu , lelaki itu akan melupakan kerjaya yang butuh wang untuk diisi penuh ke poketnya . desperasi hilang . materialistik , perkara lampau . tiada korupsi . tiada fragmentasi kejahilan yang lahir daripada akar wang .

suatu hari nanti , lelaki yang tidak punya tekanan mencari kerjaya-kerjaya yang memberi mewah ,sebaliknya akan mengeluarkan peluh daripada kesan ototnya yang gembira bekerja . tanpa ada tekanan yang buat masyarakat ketika dahulu kala penuh penindasan . hari-hari itu penuh nyanyian riang . hidup bersama watak-watak hasil daripada tunas yang baru .

bau kopi pekat mengusik hidung yang lalu lalang . sebuah kedai kecil yang berwarna putih . tinggal seorang lelaki si pembancuh kopi . hobinya berkebun waktu pagi yang disimbah mentari sihat . pulang ke rumah bersama van mini yang membawa mesin pembancuh kopi . dibuat kongsi aroma itu bersama jiran . penawar lega untuk kesan ekstasi gembira yang berlebihan waktu siang tadi .

suatu hari nanti , jiran-jiran tidak memerlukan apa yang sempurna pada seorang lelaki pembancuh kopi . mereka tidak terliur pun untuk merampas empat biji tayar hitam van mininya . mereka tak pernah fikir pun untuk berbuat begitu . sama juga seperti lelaki si pembancuh kopi , dia tidak ada nafsu untuk mengambil baju kemeja hitam milik jirannya yang berkumis dan berjanggut nipis .

kebunnya menghijau di bumbung rumah . aneka bunga perlbagai warna , meriah mencorakkan kanvas pemandangan di tingkat atas . tinggal beberapa ekor lebah yang menumpang untuk dibuat tuai madunya . burung-burung singgah untuk bersiul , mencipta atma tenang . melariskan lukisan yang pandai bernyanyi gembira . tiada graviti kebosanan yang menarik muka . di sini hanya ada graviti yang sifar . terbang , memuja ciptaanNya .

ini kisah suatu hari nanti , cuma satu harapan yang dibuat dalam ruang imaginasi . segalanya bermula dengan suatu hari nanti . kehidupan tanpa berus warna harapan , tidak mampu untuk melakar panorama yang indah . dan suatu hari nanti , apa yang ada ini , harapan . akan hilang . kembali kepada yang asal . ya , suatu hari nanti . pulang semula .

5 comments:

Musafir Jalanan said...

artistik luahan rasa ini. Jemput ke tempat yg anda mahu pergi

L.I said...

^_^ dengan senang hati

shafizah said...

andrea hirata kata 'janganlah berhenti bermimpi'

L.I said...

well said en andrea hirata ^_^

Tinta Insyirah said...

pembacaan yang santai sambil mengingati Yang Maha Pencipta :) Keep it up!