25 February 2011

Makhluk berketayap.....




hai another one quick post....
sedang aku berlari anak keluar drpd rumah kerna sedar aku da terlewat ke surau utk solat jemaah maghrib....

aku terlupa bawa songkok hitam kat bilik aku...mungkin sebab rushing sgt
inilah akibatnya kalo mandi lama sangat...maklumlah tadi stress kene pulau ngan family pasal x cari kerja...

dengan sepantas kilat aku berfikir...aku patah balik amek songkok lepas tu gerak laju2 gi surau....

tapi....

kali ni aku x berlari....
sekadar mempercepatkan langkah sahaja....
ok..cukup utk mukaddimah....

selesai solat berjemaah dan doa.....
kami bersalaman sambil diiringi selawat ke atas nabi....

timbul persoalan baru dalam jiwa....

kami bersalaman antara satu sama lain dengan tangan kami....
aku rasa seperti berdosa bila aku bersalaman dengan tok imam , tok bilal ,tok siak...
rasanya seperti satu perasaan bersalah yg menekan sanubari.....
ia satu beban yg besar menghimpit dada aku....

adakah golongan alim ni mengetahui setiap sentuhan tangan jemaah yg bersalam dengan mereka ini suci daripda perilaku jahanam??

dan bagaimana jika ditakdirkan golongan ini mempunyai kebolehan mengetahui jumlah kuantiti titik hitam pada tangan jemaah yg lain??

adakah mereka sanggup menghulurkan tangan mereka bersalam dengan kami??

yg lebih membuatkan aku bercelaru....



layak ke aku memakai songkok iaitu simbol kepada 'penampilan yg positif' yakni orang akan bersangka baik terhadap penampilan seseorang yg bersongkok,berbaju melayu,berkain pelikat...

dan bagaimana jika si pemakai penutup kepala ini sekadar menonjolkan imej murni bagi menutup keaiban yg sedia ada??


bagaimana pula jika seseorang itu melakukan durjana tetapi memakainya ketika bersalaman dengan makhluk yg lebih bertakwa drpdanya ini.....
seolah-olahnya diri seperti plastik...terpaksa berpura-pura demi menutup kejahatan yg dilakukan senyap2....

lebih teruk jika si pemakainya melakukan kekacauan secara terbuka sehingga terpapar di dada akhbar??

layak ke si pemakai yg kurang kelayakkannya merangkul gelaran ustaz....
seperti yg disindir-sindir oleh masyarakat kita.....



dosa2 yg melekat kat jasad ni seolah2 mengetawakan diriku...
bagaimana aku boleh tergesa-gesa mendapatkan songkok.....
sedangkan kita tak mengetahui adakah songkok itu rela menutup kepala kita??
sudah kah dipenuhi syarat2 yg telah dimeterai olehnya supaya diberi kelayakan utk memakainya....

adakah songkok yg aku pakai sekarang ini sudi ditempatkan di bahagian termulia manusia??



p/s:harap anda faham....

4 comments:

amii afandi said...

ya. memang kadangkala zaman sekarang kita tak boleh duga dah sama ada orang itu baik ataupun jahat melalui cara pemakaian.

sebab kadangkala orang yang berpakaian positif sebenarnya dalamannya negatif.begitu juga sebaliknya.

cuma. apa yang perlu kita lakukan adalah jadi diri sendiri. dan hanya hiraukan pendapat orang sekeliling mengenai diri kita.

kerna kita yang tahu siapa diri kita. jahat ke baik ke.

yang penting bersederhanalah dalam apa jua.

NaRuFiQ said...

saya setuju dengan pendapat awak....
we can't judge book by its cover...

amii afandi said...

*saya setuju dengan pendapat awak. HAHAAAHAHAH

tiba-tiba rasa macam skema gila lak. comment aku lak macam bajet skema peksa. hahaha.

oh sebenarnya ni tak de keje. aku try search nama aku kuar link entri ko yang ni dimana aku penah komen. kehkehkeh

L.I said...

=_="

ko memang x de keje~

malunya =______________="

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...