06 May 2012

Lelaki , senjata , bugs bunny

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



lelaki boleh jadi senjata berbahaya kepada perempuan . kenapa ? kerna perempuan itu juga boleh jadi senjata yang berbahaya kepada lelaki itu sendiri .

apa sifat senjata ? ia diguna pakai untuk mencederakan dan merosakkan sesuatu . jika senjata ini diguna pakai oleh dua pihak yang tanpa ada panduan dan digunakan membabi buta tanpa akal yang waras . impaknya hingga ke neraka .

apabila dua senjata bertembung antara satu sama lain . masing-masing akan rasa luka . masing-masing akan rasa sakit . masing-masing akan rasa pedih .

dan kedua-dua senjata bahaya ini akan rosak dan musnah jika sesi serangan itu bertali arus tanpa henti . meski pun berhenti pada malam hari , igauan ngeri menemani mimpi . jika tidak terkena tikaman secara terus atau digigit peluru panas , pasti juga mata terkena habuk daripada runtuhan bangunan .


Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.


riwayat al-Bukhari


bugs bunny




lelaki boleh jadi bugs bunny yang sangat comel dan enak dipeluk . adakala waktunya , mereka juga bisa jadi patung chuckie yang jahat . setiap lelaki itu dijadikan berfitrahkan rasa ingin mencintai dan rasa ingin dicintai . sama juga seperti perempuan . ini sememangnya kisah benar sejak azali .

fitrah lelaki sangat mencintai perempuan . perempuan bikin kepala mereka pusing 180 darjah ke timur . hati mereka damai berlagu sonata . hujan daun berwarna putih melengkapi bibit suasana . mata mereka layu , menatap kemas untuk mula menangkap cinta empunya si comel itu . malu-malu itu mula melayang pergi , bagi semangat besi berani itu pula masuk menerpa ke sanubari . oh oh oh cantik sekali wahai puteri salju .

mata lelaki serba canggih . high class . siapa yang beri ? sudah tentulah yang maha memberi .




adakah lelaki perlu dipersalahkan kerna dituduh mata keranjang ?

tidak sama sekali . lelaki itu hamba tuhan yang diciptakan punya fitrah atau perwatakan begini . lelaki tidak boleh lari dalam mentafsir apa erti cantiknya seorang perempuan di matanya . oh , lelaki punya minda yang masing-masing berbeza dalam memberi interpretasi tentang kecantikan seorang wanita . maafkan sahaja kaum lelaki , mereka memang diciptakan sebagai pakar analisis yang hebat . ^_^

emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita

namun , agama itu turun bukan untuk menutup fitrah , menukar lelaki menjadi robot tetapi agama itu turun untuk mengawal fitrah analisis kecantikan yang ada pada mata lelaki . 

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


surah an-Nuur : 30

lelaki dan dua punat


lelaki itu punya dua punat dalam hatinya . ia berperanan sebagai reseptor , menerima stimulus atau perempuan yang berada di sekelilingnya . yang mampu menekan punat hatinya ialah pasangan fitrah mereka . andaikata , perempuan itu menghasilkan stimulus yang baik-baik , maka jari runcing mereka itulah yang menekan punat yang betul . muka bugs bunny yang comel jadi pengasih hati .

jika memberi stimulus yang salah dalam piawai agama , maka jari runcing itu juga akan dihiris dengan punat yang tajamnya halus menikam maruah perempuan . persis patung jahat itu mencerun mata cacatnya dengan pandangan yang menggila .




berhati-hati . jangan memberi stimulus yang salah . jangan menekan punat yang buruk . perempuan akan membangkitkan 'syaitan' di dalam jiwa lelaki . rasukan itu menggila walaupun empunya badan lelaki itu cuma bernafsu satu . tetapi jangan dilupakan lelaki itu bersembilan akal dalam merencana yang pelan dasyat .

lelaki boleh jadi jinak jika tidak ada yang pada perempuan itu yang membuatkan lelaki itu tidak keruan . lindungilah lelaki , kerna mereka juga lemah . mereka ego . ego yang besar juga . jarang sekali meminta pertolongan daripada perempuan . maka , bantulah mereka ini dengan penuh rahsia . bantu mereka dengan melihat diri sendiri . refleksi diri . bermekap dengan ayat-ayat cinta tuhan .


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


surah an-Nuur : 31

ini fitrah lelaki . ini bukan main-main . ini bukan rahsia . ini cerita benar . tuhan maha kaya yang bertinta , bukan manusia yang serba fakir ini .

agama itu mengawal tempo fitrah . tiada aplikasi agama dalam kehidupan , larilah tempo . rosaklah lagu . cemarlah irama . buruklah melodi . agama itu panduan mengawal fitrah bukannya mengekang terus fungsi semulajadi manusia . 





lelaki berjambang . lelaki berjubah putih . lelaki berserban . punat yang salah ditekan , hormon gila dirembes laju melanggar ilmu-ilmu yang penuh di dadanya . menutup dewan perdebatan . ilmu majoriti dikhianati , nafsu minoriti menang tanpa bertanding . jambang yang lebat tadi , hilang barakahnya . putih suci jubah , kelam dicalit ribuan dosa . serban terpacak di kepala , terbang entah ke mana .

 tolonglah . tolong , jangan menekan punat yang salah . lelaki itu sangatlah lemah .

lelaki punya fitrah yang menarik . mereka ada aksara-aksara yang membentuk puisi yang mencairkan hati perempuan . perempuan tenggelam dan timbul dalam dunia fantasi yang diciptakan lelaki . seperti di atas , lelaki itu punya sembilan , esei gramatis lagi romantis lelaki panjang berjela mengikat hati perempuan . tidak kalah dalam menabur janji , tetapi menurut histori , jarang sekali lelaki menunaikan janji . berhati-hatilah dengan fitrah lelaki . lelaki itu pemanis terbaik , krim lemak yang membentuk hati di mata perempuan .

jangan dimarahkan lelaki . jangan memasang dendam kepada lelaki . jangan rasa tidak puas hati . kerna , lelaki itu fitrahnya diilhamkan oleh yang maha pencipta .

di depan perempuan , lelaki itu ais krim strawberi yang manis . di belakang perempuan , lelaki itu cencalok yang basi . mungkin cuma segelintir lelaki .

berhati-hatilah sekali lagi . pesan lebih sekali , selalunya amaran yang keras . berjanjilah , bermekap dengan ad-din , semoga si lelaki itu tidak menjadi raksasa yang dimurkai tuhan yang maha esa .




ceh , lelaki yang tak pandai mengawal fitrah lah yang menjadi punca sebenarnya .

adakalanya , lelaki itu bangun subuh lewat . dia tergesa-gesa ke kuliah pada awal pagi . tanpa ada doa perlindungan daripada tuhan , dia pasti punya probaliti yang tinggi untuk tumbang pada nafsunya . dalam perjalanan pergi ke dewan kuliah , dia terpaksa mengharungi jalan di universiti yang dewasa kini penuh dengan serangan penggoda mata dan amukan aroma mewangi .

matanya berpinar menahan ekstasi . syurga ilusi . hatinya goncang kuat untuk mula memandang . mula tertarik untuk menghidu . dan bisikan nakal itu umpama catalyst yang cuba memangkin pelan lanjutan . jika malu-malu itu sudah tiada , bibir manis itu cermat bermain madah .

tak faham ? memang anda seorang perempuan . segelintir perempuan tidak pernah mahu faham lelaki itu . cubalah berpijak di tempat lelaki , pelajarilah karekteristik lelaki . fahamilah jiwa seorang lelaki . jangan harapkan lelaki sahaja dipaksa memahami perempuan seperti dalam dialog basi drama swasta .

awak memang langsung tak memahami saya .




 cubalah sejenak di hadapan cermin , cubalah menjiwai karekter lelaki yang sedang bertatih , mula berjalan di jalan tuhan . nilailah diri sendiri , perempuan yang mana . senjata yang berbahaya atau gambar penyejuk mata ?

tuhan maha adil . tuhan memberi hak kepada perempuan untuk menekan sama ada punat yang betul atau punat yang salah . bugs bunny yang comel sambil makan lobak merah atau patung mata cacat yang ada chainsaw di belah tangan kanannya . perempuan , buatlah keputusan . mekap begini atau mekap begitu .

lelaki itu coklat yang manis . jangan memegang coklat manis itu dengan tangan yang penuh dengan influenza . rasa manis itu kekal terasa di lidah tetapi ditelan bersama virus yang berjuta . berhati-hatilah dengan lelaki dalam memberi , supaya lelaki itu juga dapat belajar apa ertinya pemberian yang ada pada mereka daripada tuhan yang maha agung .



p/s : macam banyak sangat berkias . faham-faham sahajalah ^_^ .

9 comments:

Anonymous said...

lelaki suke memberi harapan pd prmpuan..

L.I said...

segelintir lelaki dan segelintir perempuan~ kehidupan memang aneh

zubect said...

berkias pown tapi aku faham :)

ak mmg selalu sgt la dgr pompuan ckp lelaki nie mata keranjang, buaya darat, bla bla bla, tp maybe sbb aku ada ramai abg yg jg aku, and dorg mcm parents aku since mak ayah aku dah takder, so aku tak pernah ada tanggan streotype yg negatif kat lelaki ni. pompuan pown ada jugak yg mata duitan, tgk laki pd status kekayaan, and nie citer benar.

L.I said...

aku ada ramai kawan lelaki yang dulu personaliti mereka begini-begini , dan lps jumpa perempuan . seolahnya aku mcm nmpk ade satu program baru di'install' dalam mereka .

ops , mungkin tuhan meletakkan diri dalam golongan segelintir utk belajar hikmah di sebalik ini .

lelaki-lelaki yang segelintir dan perempuan-perempuan yang segelintir .

dunia ini penuh dengan warna .

Anonymous said...

sungguh sukar utk memahami lelaki.
soalan cepumas saya (mgkin tdk bkaitan dgn tajuk): adakah lelaki berasa malu utk meluahkan kesedihan dan kedukacitaan kpd teman wanitanya?? adakah tcabar keegoaannya? atau perasaan cinta sudah hilang utk wanita itu?

L.I said...

hahaha....saya bukan expert dlm hal ehwal perbendaharaan cinta ini . lebih baik saya diam atau cakap tidak tahu kerna saya tidak punya ilmu ini ^_^ . maaf ye

AhmaD MuizZ said...

luahan hati berjuta lelaki dikumpul dalam satu entry =)

L.I said...

hehe may Allah bless

Anonymous said...

Fitrahnya mereka perempuan sangat dicintai
Damai berlagu sonata di hati
Malu-malu mula melayang pergi
Bagi semangat besi menerpa ke sanubari
Mereka ada aksara-aksara yg mmbentuk puisi
Perempuan tenggelam dan timbul dlm dunia fantasi
Tidak kalah dalam menabur janji
Tapi menurut histori
jarang sekali lelaki menunaikan janji
lelaki itu pemanis krim lemak yang membentuk hati
di hadapan permpuan lelaki itu ais krim strawberi
di blkng prmpuan lelaki itu cencalok yg basi
mungkin cuma segelintir lelaki
berhati-hatilah skali lagi
pesan lebih sekali
lelaki itu punya dua punat di hati
stimulus yg baik jadi pengasih hati
stimulus yg salah raksasa jahat dgn pandangan menggila pun jadi
membangkitkan ‘syaitan’ dlm jiwa lelaki
bernafsu satu cuma lelaki
ttpi jgn dilupai
bersembilan akal dlm mrencana yg diingini
wahai perempuan yg dirahmati
dengan penuh rahsia bantu mereka ini
bantu mereka melihat diri sendiri
refleksi diri dengan ayat-ayat Ilahi
surah an-nur ayt 31 semat di hati
agama itu tempo fitrah diri
jika dlm kehidupan, agama tiada aplikasi
larilah tempo, cemarlah irama, buruklah melodi
agama itu panduan mengawal fitrah diri
bukan mengekang terus fungsi semulajadi
wahai perempuan yg dirahmati
berhati-hatilah skali lagi
pesan lebih sekali
mekap lah dngn addin janji pd diri
fahami karakteristik lelaki
fahami jiwa lelaki
mungkin sahaja sdg bertatih di jaln Ilahi
nilai diri sndiri
perempuan fitnah duniawi
atau perempuan penyejuk di hati
smga lelaki itu tidak mnjdi raksasa yg dimurkai

p/s: pnulisan anda pnuh 'i-i-i', penuh inspirasi, buat puisi. jgn saya dimarahi, skdar mnmbh dn mhiasi, smga dimaafi. smga ALLAH mredhai, lelaki introvert dn diari. :) -light.of.hope.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...