23 May 2012

Pencari kebahagiaan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.


 An-Nahl :  97




ramai manusia kini menjadi salah satu ahli kelab pencari kebahagian . manusia itu mempunyai visi yang berlainan terhadap kebahagian dan mereka fikir kebahagian itu hanya dapat digapai melalui proses kehidupan . kebahagian itu terlalu subjektif .

daripada manusia yang tidak bertuhan , mula mencari agama yang benar untuk peroleh kebahagian dalam kehidupan . kerna dalam agama itu mempunyai satu elemen yang memberi tenang dalam hati manusia . bahagialah mereka dengan meditasi ketenangan yang menyentuh jiwa . wujud jalan hubungan dengan yang maha kuasa .

ada juga manusia yang mahukan wang untuk penuhi rasa kebahagian dalam dirinya . kerna dengan hanya punya wang yang banyak , mereka akan rasa senang dan gembira . hati mereka akan rasa tenang . pelajar-pelajar pula mengharap kebahagian itu berdasarkan markah cemerlang mereka dalam setiap subjek . dengan markah yang tinggi , mereka berasa puas dan bahagia .

duit itu nikmat . markah cemerlang itu nikmat . 




kebahagian itu boleh datang dengan pelbagai cara . dalam tangisan , kita juga beroleh kebahagian . di kala menyendiri di balik bilik yang sunyi di malam hari , berteleku di sejadah mengadap tuhan . menangis . menyesali dosa-dosa yang lama . hati rasa bahagia . bukan mudah untuk bangun malam . bukan mudah juga untuk memberi tangis di hamparan sejadah . menangis itu nikmat . nikmat itu kebahagian .

kebahagian itu juga bersifat relatif . berubah-ubah . tatkala manusia itu diberi rasa sakit , bahagia yang paling dekat ialah merasa sihat . dan akhirnya , apabila merasa sihat , kebahagian lain akan menyusul pula dalam hatinya . manusia tidak akan pernah puas dengan satu hal bahagia .

oh , sakit itu juga nikmat . kerna ia mengingatkan kita untuk memberi apresiasi kepada nikmat sihat .

kebahagian dalam kehidupan itu tidak kira tempat dan masa . di belakang masjid , hilang selipar . menyumpah-nyumpah kepada si pencuri selipar . padahal , selipar itu dipinjam oleh tok siak yang terburu-buru membuang hajatnya ke tandas sehingga tersalah mengambil selipar . dan apabila teringat kembali , rasa lucu . ketawa perlahan seorang diri . itu juga rasa bahagia .

di bawah teduhan pokok yang rendang , ada budak perempuan yang berusia genit sedang mula berlatih , menggayuh basikal merah jambunya yang dibuang roda tambahan . dan apabila mula kayuhan itu bermula , dia jatuh berulang kali tanpa merintih pedih di atas lantai simen yang licin . kagum . rasa bahagia itu datang . bahagia melihat manusia yang berusaha keras .

kelihatan seorang lelaki berambut hitam pekat memegang erat tangan si gadis bermata bundar . baru bergelar pengantin sehari . mengharap bersama hingga ke tua . bahagia . mereka bahagia kerna agama mereka sudah sempurna . bahagia mereka itu jika dipandang , membuihkan rasa cemburu . cemburu kerna bahagia mereka belum lagi dirangkul di tangan sendiri . berkira-kira wajah manis yang bagaimana yang tuhan mahu berikan .

ada orang kata waktu siang yang hangat dan panas itu menerbitkan rasa ceria . gembira . bahagia . dan ada juga yang bilang waktu malam yang penuh dengan titis-titis air yang turun gerimis itu bahagia . bahagia itu fleksibel . bergantung kepada minda manusia lain yang mencernakan apa ertinya bahagia dalam hidup mereka sendiri .




kebahagian itu satu persembahan yang unik . ia bisa digapai melalui kekasaran dan kejahatan . si perompak itu berasa bahagia dapat menidurkan anaknya dengan perut yang kenyang di saat keluar mencuri wang di bank . si perasuah berasa bahagia yang si isteri tidak akan meleternya lagi jika segala rantai emas di kedai-kedai itu dapat dibelinya .

kebahagiaan itu wujud daripada variasi cara .

jika anda sudah hilang rasa bahagia di hati kerna dimarah dan ditengking oleh manusia lain , ketahuilah kebahagiaan itu bisa wujud dalam setiap perkataan yang menyakitkan hati . carilah kebaikan dalam bait-bait tengkingan itu .

jika anda mula memandang ke langit , mengadu betapa miskinnya rasa bahagia dalam hati . fikirkanlah yang bukan kita sahaja yang berseorangan berasa miskin , ramai lagi yang tiada peluang untuk rasa bahagia yang mereka impikan . setiap manusia punya peluang yang sama rata . cuma si miskin bahagia itu menyumbangkan hampir semua peluang mereka kepada manusia lain supaya mereka menjadi si kaya bahagia .

untuk manusia , bersyukurlah dengan rasa bahagia yang sedikit . dengan bahagia yang sedikit , kita akan memandang ke langit . merintih . mecari-cari tuhan . menangis dengan kesilapan lampau . kebahagian yang sedikit itu umpama batu jatuh ke atas manusia , terkial-kial mencari siapa yang membalingnya . tanpa ada batu itu jatuh ke kepala , mustahil untuk kita mencari si pembaling itu .




oh , itu juga bahagia . kerna kita mula tahu untuk kembali kepada tuhan . tuhan tidak akan menguji kita melainkan untuk memperbaiki urusan kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat . segala yang datang daripadaNya ialah urusan yang baik-baik belaka . dengan rasa miskin bahagia di dunia , kita akan rasa bahagia . jika tidak bahagia di dunia , maka yang pastinya bahagia itu pasti milik kita di akhirat sana .


Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.


Ar-Ra’d : 28

11 comments:

amii afandi said...

serius entri ni meresap ke dalam jiwa! yoshh syafiq, aku mula kembali menyukai semua post-post kau.

sakit itu mungkin musibah, tetapi musibah yang paling besar adalah apabila kita yang sihat ini lalai mengingati Allah.

L.I said...

oh oh~ entah kenapa aku rasa aneh . erm lupakan je laa .

yup , dengan ujian kita akan selalu ingat .

amii afandi said...

abaikan keanehanmu. sebab aku pun terasa aneh ketika menaip. --''

eh apa tah. ok bye.

aku memang sedang mencari definisi bahagia. dan apakah rasanya bahagia. adakah penuh dengan rasa senang atau gembira? ehh itu dinamakan bahagia eh?

L.I said...

haha bahagia itu subjektif la .

depend kepada orang gak . kadang-kadang kebahagian itu boleh muncul dalam keadaan yang bukan kita sangkakan .

yang pasti kebahagian di dunia tidak kekal , kebahagian akhirat itu yg hakiki .

may Allah bless

neelam said...

entri yang menarik, benar kita semua sang pencari,
bergantung pada apa kata hati
Apa yang kita cari ? Semoga kita semua berjaya dalam pencarian,
mengukir bahagia di hari perhitungan.


saudara, 'kebahagian' atau 'kebahagiaan' ye ? ^_^

L.I said...

alamak malunya typo =_="

zubect said...

aku dah kata dah, entry ko mesti kena atas batang idung aku, hahaha, sebabnya ada la berkait sikit ngan apa yang aku sedang rasa nie

apa2 pown this entry is awesome!
may Allah bless u

L.I said...

haha eh ye ke~ susah nak ckp kebetulan ni

ambil ibrah di sebalik kehidupan ini ye . sama-samalah melalui hidup di dunia yg sementara

may Allah bless u too

nadia nur amalina said...

syafiq , kite buat blog baru ! follow follow ahjussi . ;D hihihi

L.I said...

oh ok baiklah ^_^

Layyinul Harir said...

assalamualaikum,

entah macamane blh tersesat masuk kesini..

siyes jatuh cinta sama entry2 kamu..

sy habiskan masa baca yang post2 yang lama..

teruskan menulis..kamu sangat reatif !!

teruskan menyampaikan kebaikan dalam versi kamu..

teruskan ye..

terima kasih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...