26 May 2012

Statik , kabur .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani






seorang pemain bola sepak terkemuka di dunia ditemu bual oleh wartawan sukan ( mestilah sukan ) . dan dalam temu bual bersama wartawan itu , dia diberi satu soalan yang dia sentiasa nantikan . satu soalan .

' mengapa encik boleh memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak ? ' 

dia senyum . hanya yang senyum-senyum sahaja punya jawapan yang tepat .

waktu kecil , saya tidak tahu apa kelebihan saya . saya keliru . saya tak dapat buat keputusan sama ada saya perlu mengikut sahaja mulut orang tua saya atau pun statik . tidak bergerak . apapun , sekurang-kurangnya saya bergerak jika saya memilih yang pertama .

namun , apabila saya mula kenal permainan bola . bermain dalam pasukan yang hebat . bersama kawan-kawan yang hebat dan suka mengambil berat . saya temui kehidupan . saya cuba mencari bahagia dalam kehidupan . dan akhirnya kebahagiaan itu dapat dilihat , apabila saya menjaringkan gol kemenangan bagi pasukan saya pada saat yang terakhir .

***********************************************************

dapat A dalam ujian biologi dalam semestar awal . bermimpi menjadi doktor yang berjaya . dan kurang bernasib baik dalam semestar akhir . mimpi yang lama menjadi ragu . bergerak atau statik . ataupun ada pilihan ketiga , berpatah balik semula .

keliru . yang mana mesti pilih . kedua-duanya kabur sekali . yang mana bisa memberi bahagia yang total . 

tak ada duit yang cukup untuk melihat masa depan . tetapi tidak perlukan duit untuk bermimpi . mimpi itu samar-samar . untuk menajamkan visual mimpi , perlu mencipta kehidupan hari esok . merancang dengan teliti sambil mengharapkan tuhan yang sebaik-baik perancang berpihak kepada kita .

namun , tidak semua mimpi itu jelas pada hari esoknya kerna tuhan itu memang sebaik-baik perancang . rancangan Dia yang lebih hebat sehingga kita tidak nampak mana hikmahnya hari ini . yang pasti Dia sentiasa berpihak kepada kita kerna itu janjiNya dalam kalam .

di manakah kebahagiaan seorang lelaki pada saat terakhir sebagaimana seorang budak kecil yang menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ? 

kepada diri sendiri , 

manusia tidak boleh statik . manusia kena berjalan . berlari jika perlu . melompat jika boleh . berehat tika sampai waktunya .

 
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

10 comments:

Zubaidah said...

kdg2 kita memang buat utk melihat hikmah yg bakal Allah bagi pd kita walaupu keadaan seolah2 nak bermusuh ngan kita...

aku suke ayat last tuwh:)

L.I said...

yup . maka kita yang lemah , kenalah bergantung pada yang maha penyayang .

amii afandi said...

mesti kau tengah keliru kan nak jadi apa nanti? hoho.

aku suka ayat ko :
manusia tidak boleh statik . manusia kena berjalan . berlari jika perlu . melompat jika boleh . berehat tika sampai waktunya .

betullah tu, selagi tak usaha, selagi tak bergerak, cam ne nak berjaya kan? tiba-tiba aku rasa aku harus terus bergerak mencari kerja untuk mendapatkan wang.

Unknown said...

^^
Kadang-kala kita menemui kebahagiaan, walau permulaannya kita bukanlah orang yang pro dalam bidang tersebut.

Daripada statik kita bertukar menjadi bergerak dan menemui kejayaan, seperti menjaringkan gol walau dalam masa tambahan...
........
^^

d-na said...

err syafiq , ayat last yang ' manusia tidak boleh statik ' tu mengingatkan kite pada al - fateh ... ^^"

L.I said...

amii : yup memang dalam dilema sekarang ni .

x tahu nak pilih yang mana . Allah sahaja yang mampu beri jalan yang terbaik utk hambaNya .

mari berusaha mencari wang . ^_^

L.I said...

pesona : T_T entah kenapa aku rasa terharu .

sangat betul statement anda . kalo x cuba , mana nak tao en?

maka kenalah berusaha dan kemudiannya berserah diri kepada yg satu .

L.I said...

nadia : hahaha oh ingat2....isyy2 hang ni~ =_="

Unknown said...

ouh , hehe , 2-3 kali baca baru lar keluar perkataan "ouhhh " hehe ,

saya paham , statik n blurr ,

L.I said...

*tepuk2 bahu anda

akhirnya faham juga~ hahaa